G2

9.3K 578 68
                                    

Eden memandang skrin komputernya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eden memandang skrin komputernya. Headphone dipakai. Mic dibetulkan. Jari-jemarinya sudah bersedia di atas keyboard. Matanya mulai fokus.

Game start.

Di dalam game,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Di dalam game,

Semua pemain sudah diturunkan di suatu kawasan yang luas . Nama-nama pemain dilihat satu persatu. Dapat Eden dengar suara-suara pemain berbual melalui mic masing-masing.

Kiraan masa dalam 60 saat sudah bermula.

"OMG AXEL!!!"

"MANA MANA?!!!"

Semua gamers mula mengelilingi Eden atau nama Karakter dalam game nya AXEL.

"OMG AKU TAK SANGKA AKU DAPAT JUMPA AXEL MALAM NI!!"

Eden hanya tersenyum mendengar perbualan mereka.

"Matilah aku malam ni, Axel on sia"
Salah seorang player berkata.

Suasana di dalam game kecoh apabila Eden mulai online. Axel sangat terkenal di dalam game online ini. Kerana dia merupakan top 10 pro gamer yang paling dikenali di dunia. Paling mengejutkan, dia merupakan pemain solo. Dia tiada team. Walaupun banyak team pro gamer yang mengajaknya untuk menyertai mereka, Eden menolak. Dia lebih selesa bermain secara solo. Menjadi pemain solo bukannya mudah untuk seorang pemain masuk ke dalam senarai pro gamer, tapi tidak bagi Axel. Itulah sebabnya dia sangat terkenal di dalam game.

Eden menekan satu alat pengubah suara. Dia tidak pernah membongkarkan identitinya di dalam game. Tiada siapa tahu dia perempuan atau lelaki. Kerana dia menggunakan suara seperti hamster di dalam game itu. Walaupun begitu, ramai player yang mengatakan Axel ialah lelaki. Kerana mereka tidak tahu, mana mungkin Axel seorang perempuan yang boleh mencapai tahap pro gamer. Tiada lagi perempuan yang mencapai tahap itu setakat ini.

Tetapi, tahukah mereka, orang yang memainkan Character Axel itu adalah seorang perempuan? Jika mereka tahu hal itu, pasti semua akan terkejut besar.

Game sudah hampir bermula. Perjumpaan fans meeting bersama Axel tadi, sudah mulai tamat.
Dalam kiraan ...

3

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now