G49

4.3K 328 73
                                    

Eden duduk di kawasan luar rumahnya sambil memandang langit. Milk Coffee panas dijadikan temannya pada petang itu.

Bunyi kicauan burung di langit, angin menampar lembut ke pipi juga menjadikan suasana rumahnya itu agak aman damai . Eden mengeluh sendirian . Bosannya cuti sekolah yang panjang ni. Selalunya cuti sekolah lah paling best sekali masa sebelum dia masuk academy. Tapi sekarang, bila cuti sekolah, dia menjadi bertambah boring.

'Ting'

Sebuang message masuk ke inboxnya. Eden melihat message yang sampai itu.

Butchers

Black_Cat  mana semua?
Asal senyap je?

Daemon aku tengah online.
Kenapa?

Black_Cat  ermm ada benda
Aku nak inform ni. Luke mana?
Eden mana?

Eden mula menaip membalas message itu.

Axel  inform apa?

Black_Cat  esok kita
Dijemput ke Gamer Sport
center.

White_Fury kenapa? Ada
Event ke kat sana?

Black_Cat  Kita dijemput
Sebagai tetamu khas. Ada
Perlawanan kat sana..and
Bukan kita je.. Kevin,Shawn
and Leondre turut dijemput.

Daemon  aikk.. Kevin sekali?

Black_Cat yup. Kevin ada kat
Japan sekarang..

Axel  ehhh sejak bila dia
Sampai Japan.

White_Fury  2 hari
yang lepas dah Eden...

Eden terdiam seketika. Ouhh patutlah dia call aku semalam.
Eden hanya memerhati perbualan Butchers di group chat itu. Esok mereka harus menghadiri satu event akan diadakan untuk para gamers. Perlawanan antara gamers-gamers luar dan juga Kem Gamers.  Para Pro-Gamers dijemput hadir sebagai tetamu khas dan akan menilai setiap kemampuan player pada hari esok. Kem yang diadakan esok adalah khas untuk semua player baru yang berminat dalam dunia games. 

Kevin dijemput hadir kerana dia akan memberikan sedikit keterangan dan ceramah di event itu nanti. 

Eden kemudiannya masuk semula ke dalam rumahnya lalu menuju ke ruang tamu.
Kelihatan ibunya sedang sibuk dengan kerja di leptop. Eden hanya memandang ibunya.

Television di'on'kan.
Sedang dia ralik tengok iklas chipsmore yang sedang disiarkan, iklan seterusnya menjadi kejutan kepada Eden.

"Ada berita baik untuk para gamers di luar sana, sebuah event khas akan diadakan di Gaming Sport Center pada hari esok . Pelbagai aktiviti yang dijalankan di sana termasuklah pertandingan e-sport dan juga sesi temubual bersama idola kegemaran anda yang turut menghadirkan diri. Antara para pro-gamers terkenal yang bakal hadir ialah:

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now