G33

5.6K 380 31
                                    

Setelah pertandingan antara Vvip students selesai,

Eden menuju ke arah pintu keluar dewan. Matanya mencari kelibat Shawn dan Leondre, namun tidak kelihatan.

Awal nau dua mamat tu menghilangkan diri.

Eden sempat berpaling memandang ke arah Asahi dan Jax yang berjalan beriringan menuju ke pintu keluar sambil berbual.

Mata mereka memandang ke arah Eden. "Eh Eden? Tunggu siapa?" Soal Asahi apabila melihat gadis itu berdiri tegak di tepi pintu keluar.

"Shawn dan Leondre.. nampak tak diorang kat mana?"

Jax memandang ke arah dalam dewan Gg Arena itu semula. Sudah tiada sesiapa di dalam dewan itu. Semua peserta sudah keluar awal sebelum kumpulan mereka.

"Mana ada orang dah kat dewan... Maybe diorang dah keluar dulu kot..." Jawab Jax. Eden terdiam lalu mengganguk faham.

Jax memandang Eden dengan perasaan simpati. Mesti lama gadis itu menunggu di sini. "Jomlah join kiteorang makan kat cafe...?" Pelawa Jax lalu memberikan senyuman.
Eden berfikir sejernak. Dia sebenarnya sudah berjanji dengan Butchers dan Justin untuk lepak di ruang belakang Academy selepas pertandingan ini habis.

"Takpela...aku ada urusan lain kejap lagi" Eden menolak sopan pelawaan mereka. Asahi tersenyum "are you sure?" Soalnya prihatin.

Eden tersenyum lalu mengganguk.
"Okaylah..careful.. kiteorang gerak dulu" ujar Asahi lalu dia dan Jax terus berlalu pergi meninggalkan Eden di tepi pintu dewan . Eden mengeluh lalu dia mengatur perlahan langkahnya keluar dari dewan tersebut.

Si Shawn dan Leondre ni pula entah pergi ke mana. Dahla tak tunggu pun..

Eden hanya berjalan perlahan sambil matanya meninjau keadaan sekeliling Lobby yang tidak ramai berada di situ.

Eh? Bukan sepatutnya dah ramai ke? Mana diorang semua? Setahu Eden, pertandingan kan dah habis, sepatutnya ramai lah yang dah ada kat lobby ni . Tetapi.. kenapa tak ramai?

Sedang Eden memerhati setiap tempat, sebuah suara menegurnya "Eden..?"

Eden berpaling memandang ke arah suara itu. Terdiam sekejap dia apabila melihat lelaki itu. Zayne tersenyum memandangnya.

"What are you doing here?" Soal Zayne dengan senyuman terukir di bibirnya.

"Tunggu member..." Jawab Eden . Eden sendiri tidak tahu mengapa dia nervous setiap kali melihat wajah manusia di depannya itu.

"Oh, Butchers?" Soal Zayne. Eden agak terkejut kerana Zayne tahu mengenai Butchers .

"How do you know?" matanya berkelip-kelip memandang Zayne. Zayne mengangkat keningnya. "How did I know?"

"Butchers famous .. macam mana aku boleh tak tahu pula.." jawab Zayne.
Eden tersengih malu.

Ye tak ye juga. Memanglah dia tahu. Ahahaha.

Zayne melihat sekeliling lalu memandang Eden kembali. "Kategori A dan B baru je start ... So sebab tu tak ramai kat lobby"  ujar Zayne.

"Oh really? Ingatkan diorang start sama dengan kita" kata Eden .

Zayne merenung Eden lalu berkata "wanna join me?"
Eden memandang Zayne. Hmmm, nak join ke tak....

"I want to talk about Luke.." ujar Zayne lagi. Serentak dengan itu Eden memandangnya lalu terus mengganguk. Zayne tersenyum lalu dia dan Eden menuju ke lift.
Eden hanya mengekori Zayne sambil melihat butang lift yang ditekan.

Eh? . Zayne menekan butang bernombor 9. No.9? Eden tidak pernah pergi ke tingkat itu sebelum ini. Agak-agaknya situ tempat apa?

Pintu Lift dibuka. Zayne memandang Eden sekilas lalu tersenyum. Eden tercengang apabila melihat tingkat 9 itu. What is this place...

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now