Eden memasuki biliknya. Plastik beg dan Barang-barang yang dibelinya tadi diletakkan di tepi katil. Eden membaringkan dirinya di atas katil.
Matanya dipejam seketika.Apalah nak jadi? Ben dan Endrew sudah mengesyaknya. Silap dia juga, main tak ingat dunia masa kat bilik komputer tu. Kalau dia main beshe-beshe tiadalah jadi macam ni.
Eden menuju ke hadapan komputernya lalu mengambil tempat di kerusi itu.
Komputer di'on' kan.
Headphone barunya dilihat seketika. Eden tersenyum sendiri . Dia mencapai headphone itu dan memakainya.
"Yo yo Axel, mana kau menghilang seharian?!" Suara Black_cat kedengaran.
Axel turun di rumahnya sendiri, namun terus diserbu oleh sahabat-sahabatnya itu.
Kecuali White_Fury yang masih belum online.
"Sorrylah, aku kena renjatan elektrik semalam" selamba Eden menjawab pertanyaan mereka. Daemon dan Black_cat tergelak serentak.
"Pebenda kau buat sampai kena renjatan elektrik" soal Daemon lalu characternya mula merayau setiap sudut rumah Axel. Rumah Axel sangat mewah. As expected from rank no.2 world. Dia punya rumah memang tak boleh lawan. "Wow ada banyak diamond pelangi, mana kau beli rare item ni" sempat lagi Daemon mengusha barang-barang dalam rumah itu.
Eden hanya tersenyum. Takkan aku nak bagitahu diorang yang aku jumpa persis suara White_fury?
"Entahlah.. ada something happened" jawab Eden . Black_cat mendekati Axel lalu menari di depannya. Apa benda lah kawannya seorang itu, dah takde kerja ke.
"Something happened.. like what? Cinta pandang pertama?" Sebuah suara mengejutkan mereka.
White_fury yang baru online itu datang menghampiri Axel.
Entah kenapa jantung Eden berdegup kencang ketika itu. Suara ni.. sama!..
Arghhh.Eden tergelak lalu berkata "kau agak-agak lah"
White_fury menuju ke ruang tamu rumah Axel lalu dia menyepahkan barang-barang di situ dan mengemasnya semula. Ni sorang lagi, dah takde life ke?!
"Woi kau buat apa" tegur Axel.
YOU ARE READING
GAMER ✓ - PREVIEW -
AdventureDAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetapi dia hanya ada satu peneman,GAME. Dia terkenal di dalam game dengan namanya sahaja namun tiada seo...