Special Chapter : (Kevin Birthday)

5K 407 53
                                    

Gaming Company Office,

Suasana di dalam Office Character Creator itu sunyi sahaja walaupun ada dua manusia berada di situ. Hanya kedengaran bunyi aircond serta mouse dan keyboard yang ditekan sahaja.
Eden duduk di hadapan komputer dan begitu fokus dengan kerjanya. Tangannya laju mengawal mouse.

Eden melihat beberapa kali character Games yang direka olehnya itu. Hmm.

Eden berpusing kebelakang lalu memandang ke arah Kevin yang sedang turut bekerja di hadapan komputer

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eden berpusing kebelakang lalu memandang ke arah Kevin yang sedang turut bekerja di hadapan komputer. Mereka berdua berada di pejabat yang sama kerana mereka berdua mempunyai pangkat yang sama dalam syarikat itu.
Office Gamer Character creator itu hanya diduki oleh Eden dan Luke sahaja kerana mereka yang mencipta banyak character Games baru.

"Kevin, tengok ni.. macam ada something wrong lah" ujar Eden sambil memandang ke arah Kevin yang sedang membuat kerja itu.

Kevin berpaling memandang ke arah skrin komputer Eden untuk melihat character yang dicipta oleh Eden.
"Hodohnya" selamba Kevin menjawab lalu kembali menyambung kerjanya semula.

Eden tersentap seketika. Ciss tak guna punya Buku. Aku minta pendapat, terus kena kutuk direct. Ni nak merajuk sebulan ni.

Kevin hanya tersenyum melihat wajah Eden yang masam mencuka itu lalu dia berkata "okay je aku tengok"

Wajah Eden kembali bersinar mendengar jawapan Kevin.
"Hmm ye ke?" Soal Eden yang agak was-was dengan character yang diciptanya itu.

"Try lah hantar kat Luke, kalau dia approve, maknanya okay lah tu" balas Kevin lagi. Matanya masih fokus pada skrin komputer. Eden mengganguk faham lalu dia menyambung kerjanya semula.

Kevin mengerling ke arah Eden seketika lalu tangannya terhenti mengawal mouse. Dia memberhentikan kerjanya seketika apabila teringat sesuatu.

"Eden, kau busy tak hari ni?" Soal Kevin sambil matanya memandang ke arah Eden.

Eden terdiam seketika lalu berfikir tentang jadualnya pada hari itu. Rasanya tiada apa pun benda penting yang harus dia lakukannya hari ini.
"Hmm Tak kot..kenapa?" Balas Eden lalu berhenti membuat kerjanya dan memandang ke arah Kevin.

Kevin terdiam seketika lalu dia menyambung ayatnya "aku nak ajak kau keluar..boleh?" Soal Kevin.

Eden memandang Kevin lalu dia memandang pula jam di tangannya.
"Now ke?" Soal Eden lagi.

"Lepas habis kerja" balas Kevin. Dia hanya memandang gadis itu dengan penuh harapan. Harap-harap lah Eden free.

"Hmmm... Nak ajak Luke sekali tak?" Soal Eden lagi. Kevin terdiam mendengar soalan itu lalu wajahnya kelihatan agak kecewa mendengar jawapan Eden.

"Aku ajak kau je sekarang ni" balas Kevin serious. Eden memandang ke arah Kevin. Terasa bersalah seketika apabila dia tiba-tiba menanyakan tentang Luke dihadapan Kevin.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now