G5

8.4K 536 15
                                    

Eden merenung komputer di hadapannya bagai nak telan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eden merenung komputer di hadapannya bagai nak telan. Dia tidak tahu mahu on ke tidak pada hari itu.

Berita ahli Butchers akan turut serta dalam pertandingan Besar-besaran dunia itu telahpun tersebar. Eden memerhati comment-comment fans di laman inbox Butchers.

Axelll!! I'm excited to see you!!

White_fury omg !!

Finally butchers akan reveal muka masing-masing!!

Black_Cat must be really kawaii!

I really want to see Daemon Face!

Axelll we were waiting to know about your real gender!

White_fury I love u!

Eden hanya tersenyum melihat comment-comment mereka. Eden teringat kembali ketika dia berjumpa dengan lelaki yang suaranya sama seperti White_fury. Dia tidak pasti sama ada lelaki itu White Fury atau bukan. Tapi dia pasti bahawa suara itu hak milik White_fury. Suara yang charming dan sangat dikenalinya.

Dia rasa kekok untuk online pada malam itu setelah bertembung dengan persis suara White Fury.

Akhirnya Eden mengambil keputusan untuk tidak online pada malam itu. Dia ingin berehat seketika.

Eden menuju ke ruang tamu rumahnya. Kelihatan Puan Ery sedang membaca majalah sambil menonton tv.

Eden mengambil tempat di sebelah ibunya. "Ibu.."

"Hm?" Puan Ery memandang ke arah anak perempuannya itu.

"Minggu depan Eden ada pertandingan.." tutur Eden .

"Oh yeke? Pertandingan apa..?" Soal Puan Ery lalu menutup majalah yang dibacanya.

"E-sport" jawab Eden. Ibunya hanya tersenyum lalu mengusap kepala Eden dengan lembut. "Sejak bila kamu nak join ni? Bukan kamu kata taknak tunjuk muka ke?" Soal Puan Ery.

Eden terdiam lalu menyambung "dia dah pilih ibu, Eden tak boleh tolak..Eden kena jadi salah satu Boss Level yang player kena lawan"

Kenyataan Eden itu membuatkan Puan Ery tergelak. "Macamlah ibu faham apa yang Eden kata tu" ujar Puan Ery.

Eden tersengih.

"Ibu benarkan je, ayah pun mesti bagi punya.. " kata Puan Ery lalu Eden tersenyum mekar.

"Thanks ibu!" Eden memeluk ibunya lalu mencium pipi Puan Ery.

Eden berlari ke arah biliknya semula. Puan Ery hanya tersenyum melihat gelagat anak tunggalnya itu.

Eden membaringkan diri di atas katilnya sambil memejam mata. Tetapi ada sesuatu yang menggangu fikirannya sekarang, bagaiman dia ingin menyorokkan wajahnya?

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now