G68

4.4K 345 49
                                    

Eden melihat nombor di kunci bilik yang ditempah olehnya di hotel itu.
Lalu matanya mula mencari-cari nombor bilik 89.

Sedang di sibuk mencari-cari nombor itu,
Dia tiba-tiba terlanggar seseorang.
Eden terkejut lalu memandang ke arah lelaki yang memakai mask itu.

"Omgg sorry... Tak perasannn" Eden berasa bersalah apabila phone lelaki itu terjatuh di lantai dan retak setelah berlanggat dengannya.

Dia menolong lelaki itu mengambil phone itu, tetapi lelaki itu lebih awal mengambilnya.

"Sokay" ujar lelaki itu dan dia tidak memandang ke arah Eden. Eden terdiam apabila dia seperti mengenali lelaki itu. Lelaki itu pun berlalu pergi tetapi Eden menghalang jalannya semula.

 Lelaki itu pun berlalu pergi tetapi Eden menghalang jalannya semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eden memandang serious lelaki bermask hitam itu. "Apa kau buat kat sini Justin?" Soal Eden setelah perasan akan mata Justin yang dia kenali itu.

Justin terdiam lalu dia mengelak daripada memandang Eden, tetapi apabila Eden tetap melihat wajahnya yang ditutup mask itu.
Wait..

Eden mengusik mata kiri Justin yang kelihatan lebam itu,

Justin menepis tangan Eden kerana dia terasa sakit apabila Eden mengusik tempat lebam di matanya itu.

"Kenapa ni?.." soal Eden prihatin.

Justin hanya mengabaikan gadis itu namun Eden menarik tangannya semula membuatkan Justin terpaksa mengalah dan berhadapan dengan gadis itu.

"Kenapa kau larikan diri daripada aku?" Soal Eden dengan wajah Serious. Orang yang lalu lalang di Laluan hallway hotel itu hanya memandang ke arah mereka berdua.
Justin melihat sekeliling kawasan itu. Banyak cctv, bahaya kalau dia berbual dengan Eden di sini. Paparazzi dimana-mana.

Justin menghulurkan spec mata kepada Eden. Eden memandang spek mata itu dengan wajah pelik.
"Pakai ni..supaya tak berlaku apa-apa rumour" ujar Justin. Eden yang memahami hal itu terus memakai spek mata yang diberi Justin. Ini untuk menutup identiti dirinya.

Justin merenung mata Eden lalu akhirnya dia menarik tangan gadis itu mengikutinya ke cafe di dalam hotel itu.

___________________________
Di cafe,

Eden memandang wajah Justin yang tidak seperti biasa. Tiada senyuman pun diwajahnya.

Eden menarik nafas seketika lalu dia mula bertanya kepada lelaki itu "kau kenapa sebenarnya? Kenapa sampai lebam mata kau tu?"

Justin terdiam seketika lalu dia hanya menunduk memandang meja dan bermain dengan tangannya. Eden hanya memerhatikannya.

"Aku jatuh" jawab Justin .

Eden merenung wajahnya. "Kau tipu,.." balas Eden yang dapat membaca riak wajah Justin itu.

Justin hanya mengeluh lalu dia memandang ke arah Eden. "Perlu ke aku beritahu kau?" Soalnya.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now