G67

4.7K 348 76
                                    

Perlawanan yang seterusnya menjadi debaran kepada Eden . The Ace, iaitu kumpulan Gamer Academy yang dikira kuat di kalangan para Pro-Gamers dan vvip students. Eden ingat lagi bahawa ketika dia menang dengan The Ace dengan solo kills yang dipimpin opeh Kevin ketika itu.

Bilik waiting room The Tyrants itu kembali sunyi apabila masing-masing fokus melihat BlackShark iaitu kumpulan Zayne sedang melawan another vvip students punya pasukan iaitu pasukan Kino.

"HUWARHHHH"

Serentak 3 manusia itu memandang ke arah Eden yang sedang mencari-cari sesuatu dengan wajahnya yang risau seperti orang hilang anak.

"Kenapa Eden?" Soal Leondre

Eden yang sudah fedup itu duduk di atas lantai . Dia memeluk lutunya. Rasa nak menangis je sekarang huwarhhh. "Getah rambut aku hilang do!!!"

Selepas perlawanan melawan Team Marco, dia melepaskan rambutnya seketika lepas itu terlupa dimana dia meletakkan rubber band itu. Aduhh dahla perlawanan diorang lepas ini dan nak dekat.

"Mana hang letak?" Soal Suuin yang turut membantu mencari getah rambut Eden di bilik waiting room itu. Mereka semua mula menolongnya namun setelah sekian lama mencari, masih juga tidak kelihatan.

Eden mengeluh berat. Ni nak badmood ni. Antara punca perempuan badmood benda ni lah!
Takkan dia nak main dengan rambut lepas macam ni! Karang sekejap selak sana selak sini. Mesti rimas nanti huwarhhh.

"Meh sini.. aku ikatkan tanpa getah rambut" ujar Leondre lalu memanggil gadis itu duduk di hadapannya.

Berkelip-kelip mata Eden memandang Leondre. "Pandai ke kau?"

Leondre tersenyum senget, "hello, ni Leondre okay?" Balas Leondre.

Eden tanpa berlengah terus menuju ke arah Leondre dan mengambil tempat di kerusi hadapannya. Leondre mula mendandan rambut Eden tanpa menggunakan sebarang rubber band.

Bunny dan Suuin hanya memerhati.
"Oh baru aku perasan, kau tukar warna rambut eh Eden" soal Suuin.

"Haah" balas Eden. Dia menukar warna rambutnya semalam demi pertandingan itu. Iaitu warna Grey pastel.

Leondre masih fokus mengikat rambut gadis itu dan Eden hanya menunggu dengan baik. Dia tidak tahu apa rupa rambutnya sekarang kerana tidak menghadap cermin.

Setelah beberapa minit, Leondre membelek rambut gadis itu..
"Dah siap.." ujar Leondre lalu Eden terus menuju ke hadapan cermin untuk melihat hasilnya.

"WOAHHHHHH CANTIKNYAAAA" Kagum Eden melihat rambutnya yang diikat kemas tanpa sebarang rubber band yang digunakan oleh Leondre

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WOAHHHHHH CANTIKNYAAAA" Kagum Eden melihat rambutnya yang diikat kemas tanpa sebarang rubber band yang digunakan oleh Leondre. Sumpah cantik gila!

Leondre hanya tersenyum melihat Eden yang sekejap posing itu sekejap macam ni depan cermin itu.

Eden memandang ke arah Leondre dengan wajah gembira. "MAYGASHH THANKSSS"

Leondre hanya menunjuk sign 'no problem'

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now