G15

6.9K 442 15
                                    

1 week later,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1 week later,

Eden mengemas barang-barangnya ke dalam beg baju sambil diperhatikan oleh Justin. Suasana di wad VIP itu sunyi sahaja kerana ahli Butchers yang lain sudahpun keluar dan menunggu Eden di tempat parking kereta. Hanya tinggal Justin sahaja yang menemankan Eden.

"Kau..tak bagitahu aku pun kau ada ramai kawan laki?" Justin mula bersuara. Eden yang dari tadi hanya mendiamkan diri memandang ke arah Justin.
Beg bajunya di zip lalu diletakkan di sisi katil.

"Diorang member game online aku.. takkan kau tak tahu?" Soal Eden pula lalu Justin menolong Eden mengangkat barang-barangnya . Mereka berdua berjalan beriringan keluar dari wad VIP itu.

Akhirnya Eden dapat keluar daripada tempat itu. Dia sendiri sudah bosan menunggu di dalam hospital yang besar begitu.

"Tahu.. tapi sejak bila kau rapat sangat macam tu? Macam.. dah lama kenal?" Ujar Justin sambil memandang wajah putih mulus Eden.

Butang Lif ditekan. Setelah lif dibuka, serentak mereka berdua melangkah masuk ke dalam.

"Kenapa kau nak tahu?.."soal Eden lalu memandang pelik Justin.

Justin hanya tersenyum kelat. "Hahaha saje je.."

Mereka berdua menuju ke tempat parking kereta hospital. Kelihatan lima orang lelaki yang sedang berbual sesama mereka di tepi kereta masing-masing.

Eden hanya tersenyum melihat mereka semua.

"Sorry buat korang tertunggu-tunggu" tegur Eden lalu serentak semua mata memandang ke arah suara comel itu.

"Hahaha takde hal lah.. simple matter" jawab Luke lalu tersenyum.
Justin memandang mereka semua yang sedang berbual dengan Eden.
Perasaannya bercampur aduk ketika itu.

Eden memandang ke arah Justin yang agak jauh dari mereka dengan perasaan simpati. Pasti Justin rasa tidak selesa sekarang. Eden menuju ke arah Justin lalu menarik tangannya.

Justin terkejut melihat tindakan Eden. Dia memandang tangannya yang dipegang oleh Eden dan hanya mengekor Eden yang menariknya.

"Kau hantar aku balik eh?" Kata Eden lalu tersenyum memandang Justin. Justin terkedu melihat senyuman itu.

Andy,Ace,Luke,Shawn dan Leondre yang melihat mereka terdiam sepi.

"Err okay.." jawab Justin lalu Eden melepaskan tangannya.

Justin terdiam seribu bahasa. Entah kenapa dia terasa bahawa dia telah menang. Semua mata memandang ke arah Justin.

"Guys.. asal senyap ni? Jomlah.. aku nak balik ni.." Ujar Eden sambil memerhati setiap daripada mereka.

Andy mengurut-urut tengkuknya lalu menuju ke arah keretanya. "Then jumpa dalam game Eden.." pintu kereta dibuka lalu Andy memasuki keretanya.

Luke juga menaiki kereta yang sama dengan Andy kerana Andy tinggal di rumahnya buat seketika.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now