Special Chapter |Kisah sebenar

3.4K 259 26
                                    

Kenapa aku boleh suka Bunny? - Quinn Eden

Semuanya bermula di sini.

_______________________________
Seminggu sebelum perlawanan dunia bermula,

The Tyrants berkumpul di bilik latihan pada petang itu. Masing-masing menghadap komputer. Eden hanya mendiamkan dirinya sambil jari jemarinya ligat di atas papan kekunci.

Bunny hanya memerhati dari tepi. Dapat dia lihat Eden seperti kepenatan. Mana tidaknya sudah 5 jam mereka menghadap komputer tanpa henti. Sedangkan dia sendiri pun berasa penat.

"Kita stop dulu lah" Bunny memberi kata putus.

Eden menghembus nafas lega. Finally!! aku boleh rest!

Headphone dicabut lalu diletakkan di atas meja. Eden menyandarkan dirinya di kerusi. Suuin dan Leondre pula berbual sesama mereka sambil menunggu latihan yang seterusnya.

"Eden, nak join aku gi cafe tak?" Pelawa Bunny. Eden mendongak memandang lelaki itu lalu dia mengganguk laju. Memang perutnya betul-betul perlu diisi ketika ini.

"Jom!!!!" ujar Eden keriangan lalu bangun daripada tempatnya. Bunny hanya tersenyum nipis lalu mereka berdua berjalan keluar dari pusat latihan itu. Langkah diteruskan ke cafe Gamer Academy yang tidak jauh dari situ.

Sambil berjalan beriringan, Eden memandang ke arah Bunny. Dia hanya tersenyum sendiri. Kenapa Bunny seolah-olah sangat memahaminya? Atau itu imaginasinya sahaja.

Setibanya di Kafe,

Kelihatan ramai pelajar Gamer Academy yang sedang menjamu selera di setiap meja. Meja begitu penuh pada hari itu. Mata Bunny meliar-liar mencari tempat kosong. Eden juga begitu.

"Ramainya..." Eden menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mata Bunny terhenti apabila terlihat suatu tempat kosong yang terletak di luar bangunan Gamer Academy. Bangku kayu yang terletak berhadapan dengan tasik di belakang Gamer Academy itu sangat sesuai dijadikan tempat makan mereka.

"Kita makan kat sana" Bunny menunjukkan jari telunjuknya ke arah tempat itu. Eden memandang ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Bunny. Eden hanya tersenyum lalu mengganguk setuju.

Mereka kemudiannya sama-sama menempah makanan.

❤️❤️❤️

Pemandangan tasik di hadapan dilihat oleh Eden sambil menikmati corndog yang ditempahnya. Terasa keenakkan cheese yang cair di dalam mulutnya.

Bunny hanya merenung wajah gadis di hadapannya itu. "Berapa lama kau kenal Butchers?" tiba-tiba soalan itu keluar daripada mulut Bunny.

Eden terdiam beberapa saat. Memikirkan hal tersebut.
"lama juga lah..."

Bunny hanya mendiamkan dirinya kemudian kembali menyedut air lemon yang dibelinya tadi.

"ouh" balas Bunny.

Eden hanya tersenyum memandang Bunny. Bunny hanya mengangkat keningnya. Pelik dia melihat gadis itu tiba-tiba tersenyum kepadanya.

Eden merenung mata Bunny. "Semalam..." wajah Bunny ditenung tajam.

"Semalam?" Soal Bunny semula.

"kau..."

"aku?"

"kau ke yang selimutkan aku, time aku tidur atas sofa?" Soal Eden dengan wajah yang tenang. Bunny hanya mendiamkan dirinya mendengar hal itu. Air lemon di hadapannya disedut lagi. Entah kenapa dia asyik terasa haus je daripada tadi.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now