G13

6.9K 461 6
                                    

Keesokan harinya,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Keesokan harinya,

Eden bersiap-siap untuk ke Pusat Khas Gamers atau dikenali sebagai Gaming Center.

Gaming Center merupakan sebuah mall yang hanya menjual peralatan Game dan juga keperluan para Gamers. Jadi, pusat membeli belah ini menjadi tumpuan para Gamers untuk bermastautin .

Eden meminta izin dari ibunya kemudian keluar dari rumah itu. Mask dipakainya supaya tidak terjadi hal tidak diingini berlaku. Kata ibunya, bahaya jika dia keluar tanpa menutup wajahnya. Eden perlu tahu bahawa dia sudah sangat terkenal dan paparazzi berada di mana sahaja.

Sebuah kereta berhenti di hadapan pintu pagar rumah Eden. Eden kemudian terus memasuki kereta itu. Kelihatan Shawn sudah berada di dalam kereta itu sambil memandangnya.

Eden memandang Shawn geram. "Kau lah punca aku tak sekolah hari ni"

Shawn hanya tersenyum senget. "Kisah pulak aku"

Eden melihat penampilan Shawn pada pagi itu. Baa.. habis satu muka dia tutup. Dengan topi, mask nya lagi. Astaga.

"Oi.. Kau nampak Shawn je en.. aku kau tak tegur pulak" sebuah suara yang dikenali menegur Eden. Eden terkejut lalu memandang ke arah lelaki yang menegurnya di seat belakang.

Eden tercengang melihat kewujudan Phantom7 atau nama sebenarnya Leondre itu di dalam kereta Shawn.

"Sejak bila kau ada kat sini?!!"

Leondre hanya tersenyum senget. "Lama dah..sebelum kau ada lagi.. aku dah wujud kat sini"

Pfft. Eden tidak tahu mahu membalas apa lagi. Dia kemudiannya memandang hadapan semula. Dia tahu yang Shawn dan Leondre memang sangat rapat kerana mereka berdua merupakan youtubers.

Eden selalu lihat video-video mereka di youtube. Jadi dia tahu mengenai perkara itu.

༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ

Di Gaming Center,

Mereka bertiga turun lalu menuju ke dalam bangunan mewah itu. Syurga Gamers.

Mereka berjalan beriringan sambil memerhati setiap kedai yang berada dalam mall itu.

Eden hanya berjalan seorang diri kerana dua mamat itu berbual sesama sendiri. Sambil Eden memerhati sekeliling, tiba-tiba phonenya berbunyi.

Eden melihat notification yang baru dari instagram Luke.

Eden melihat notification yang baru dari instagram Luke

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now