G14

7K 464 60
                                    

Eden bersiap-siap untuk ke sekolahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eden bersiap-siap untuk ke sekolahnya. Rambutnya disikat lurus lalu diikat ponytail.

Setelah berpuas hati melihat penampilannya di depan cermin, Eden terus menuju ke dapur lalu bersarapan bersama ibunya.

Telefon dilihat seketika.

'New Notification'

Eden membuka inbox itu .

The Butchers

Daemon Eden gi sekolah cepat!

Black_Cat morning guys!!

Eden tersenyum melihat mesej daripada mereka semua. Si Luke tu je yang belum on.  Eden menaip laju di telefonnya.

Mesti Luke x bgun lagi
Kn.

Black_Cat mamat tu mmg
Slalu bgun lmbt

Daemon Jgn kawin dgn lelaki
Mcm tu tau Eden.

Tiber.

Eden tergelak kecil. Dah kenapa tiba kaitkan hal kahwin pula ni. Macam-macam lah diorang ni.

"Eden.. makan lah dulu..sejuk makanan tu nanti...sengih-sengih dah kenapa?" Tegur Ibu Eden dengan wajah seriousnya.

Eden tersengih "sorry ibu.."
Tangannya terus menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Hmm memang sedap masakan ibunya itu!

Eden melihat jam di tangannya. Bulat matanya apabila melihat dia sudah lewat untuk ke sekolah.

"OMG IBU...EDEN DAH LAMBAT.. BYEEEEEE" Eden terus menyalam ibunya dengan mulutnya yang penuh dengan nasi. Ibu Eden mengeleng kepala melihat perangai anaknya seorang itu.

Beg dicapai lalu Eden terus berlari ke luar rumah dan mencapai basikal blue black miliknya .

Eden mengayuh basikal dengan kelajuan maksimum. Salah dia kerana tidak sedar masa berlalu dengan cepat.

༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ

Setibanya di sekolah, Eden memarkirkan basikalnya di tempat khas yang disediakan untuk para penuggang basikal.

Kelihatan laluan di sekolah mulai lengang kerana sudah pasti para pelajar sudah berada di kelas masing-masing.

Matilah kau Eden.. dahla sampai lambat.. matilahh.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now