G64

4.1K 292 43
                                    

"eden, Ooo Eden.. bangunlahhh"

Eden terkejut apabila merasakan ada orang meletakkan roti berkaya di mulutnya.

Dia membuka matanya perlahan-lahan. Eh?. Eden merasakan ada air mata mengalir di pipinya. Semua mata di Private Gaming Room itu memandang ke arahnya.

"Kau kenapa? Mimpi apa sampai menangis?" Soal Leondre . Bunny dan Suuin juga memandang ke arah Eden dengan wajah hairan. Mereka semua yang baru selesai training itu, terkejut apabila melihat Eden yang tidur sambil mengalirkan air matanya.

Jantung Eden masih lagi berdegup kencang ketika itu. Mimpi? Semuanya just mimpi?! . Eden memandang sekeliling, di Gaming Room?! lalu melihat tangannya. Everything is fine?!. 

"Pukul berapa sekarang?" Soal Eden memandang mereka bertiga.

"9 malam.." jawab Suuin.

Eden terdiam. Otaknya masih sedang memproses apa yang terjadi. Roti kaya di mulutnya yang disumbat oleh Leondre dicapai.

"Berapa lama aku tidur?" Soal Eden.

"Ermm.. 1 jam kot.. sebab lepas kita stop second game tadi, kau terus lelap.." balas Bunny. So disebabkan Eden terlelap, hanya mereka bertiga sahaja yang masih meneruskan latihan. Eden meraup rambutnya seketika. Dia masih blur.

Mimpi tadi sangat menyeramkan. Dengan Justin dah macam psycho, eee seram nya. Eden mengucap syukur. Nasib baik semua tu hanga mimpi. Wajahnya diraup tanda lega. Kalau tak... Aku tak tahu apa yang jadi kat aku.

Leondre masih memerhati gadis itu. "Kau mimpi apa?" Soal Leondre. Eden memandang ke arah Leondre.
"Takde apa lah.. aku malas nak fikir balik pasal mimpi tu.. aku gi tandas jap" ujar Eden lalu dia terus berlalu pergi dari bilik itu dan menuju ke tandas.

Eden membasuh wajahnya di singki . Sambil dia merenung seketika wajahnya. Apa maksud mimpi tadi?
Justin pun dah lama dia tak jumpa.. takkanlah Justin berubah macam tu pulak..

Setelah selesai mengelap mukanya dengan tuala bersih yang disediakan. Eden kembali menuju ke arah Private Gaming Room.

Dia memasuki bilik itu semula dan kelihatan member-membernya masih lagi berlatih. Diorang kalau dengan game, memanglah..

Tiba-tiba Eden teringat Luke selepas mimpinya tadi. Eden duduk di atas sofa lalu mula message lelaki itu.

Luke

Hey babe, I miss u

Tiberrr. -_-

Tergelak Eden membaca message yang dijawab Luke itu .

Dgr cite ada org
Tu jd wakil G.A.

Nthlah kan.. siapa
Org tu.

GL lah, jgn klah cpt
Sgt.

Oh thanks!. GL jugak,
Jgn mnangis awl2

HHAHAHAHAHA

Eden hanya tersenyum senget membalas message Luke. Bila kau punya musuh nanti, bf kau sendiri be like.

Eden kembali semula ke arah teamnya dan mengambil tempat di salah satu kerusi gaming. Pc dihadapnya.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now