G22

5.4K 383 9
                                    

Eden berjalan menuju ke apartmentnya, matanya mencari lift yang berdekatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eden berjalan menuju ke apartmentnya, matanya mencari lift yang berdekatan. Langkahnya terhenti apabil terlihat Shawn sedang berbual dengan seseorang.

Wajah Shawn begitu tegang ketika berbual dengan 'orang' itu. Eden menyorok di sebalik dinding sambil memerhati mereka. Keadaan yang tegang itu membuatkan Eden sendiri takut untuk menegur Shawn.
Siapa lelaki yang berbual dengan Shawn itu?

Eden mengecilkan matanya untuk mengenal pasti manusia yang berada di hadapan Shawn.

Wait. is that?

BUKU?!

Eden menekup mulutnya. Apa yang terjadi antara mereka? Perbincangan mereka berdua kelihatan begitu serious sekali.

Eden hanya memandang ke arah mereka sehinggalah perbualan mereka itu habis. Eden menyorok kembali di sebalik dinding. Risau diketahui oleh mereka yang dia berada di situ.

Kevin menuju ke arah beetentangan dengan Shawn dan dia perasan akan kewujudan seseorang di sebalik dinding. Tetapi dia hanya buat tidak peduli dan menuju ke lift.

Shawn kembali ke arah kelasnya dengan perasaan geram. Susahnya manusia itu mahu mendengar kata. Kevin sepatutnya menyertai pertandingan pada minggu hadapan seperti yang dikatakan Professor . Jika Kevin tidak hadir ke pertandingan itu,  Shawn dan Leondre juga automatik akan terkeluar dari senarai peserta. Kerana mereka memerlukan Kevin yang mempunyai VVIP card.  Nak minta tolong Jax, dia sendiri mesti akan turut tolak tawaran itu kerana sibuk dengan hal yang lebih penting dari itu.

Eden hanya memerhati Shawn sehingga kelibatnya hilang. Kenapa dengan Shawn? Dia kelihatan begitu serabut sekali . Hmm..

"Eden.." Professor Luc yang kebetulan lalu di situ mengejutkan Eden.

"Eh Prof.." Eden memandang ke arah Professor Luc dengan tanda tanya.

"Boleh tolong tak? Serahkan ni dekat Kevin... Cakap dengan dia saya nak borang ni esok" ujar Professor Luc yang kelihatan seperti tergesa-gesa ingin pergi lalu dia menyerahkan kertas itu kepada Eden.

"Boleh.. tapi Prof.." belum habis Eden menghabiskan ayatnya, Prof.Luc memotong terlebih dahulu.

"Tolong eh?" Kata Prof.Luc lalu dia terus berlalu pergi dengan pantas. Eden tergamam seketika. Borang itu dilihatnya.

"Jap.. siapa Kevin eh?.." Eden berfikir sejernak lalu teringat sesuatu. AHA! KEVIN TU BUKU!!

Alaaaaa kena jumpa mamat tu lagi ke!. Eden mengeluh berat dan akhirnya dia menguatkan juga hatinya untuk menjumpai BUKU itu.

Eden memerhati sekeliling kawasan Academy. Selalunya BUKU itu akan lepak di belakang Academy. Tempat di mana mereka bergaduh sekejap haritu.

Kakinya perlahan melangkah ke arah sebuah pokok yang rendang. Eh? Tiada sebarang kelibat manusia pun di situ? Di mana BUKU berada?

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now