G55

4K 286 53
                                    

Eden duduk di hadapan komputer. Tangannya laju di keyboard , dan headphone di kepala. Matanya fokus pada game nya pada malam itu.
Matanya tidak boleh pejam. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Sedangkan
waktu menunjukkan pukul 3 pagi. Dahla Luke teman dia daripada pukul 11 tadi sampai sekarang untuk bermain Last Blood Online. Rasa bersalah pula Eden dibuatnya. Sanggup Luke teman dia yang tak boleh tidur itu.

In game:
White_Fury dan Axel berjaya memenangi perlawanan DUO mereka pada pagi buta itu. Mvp semestinya sentiasa menjadi milik Axel. Muahahaha. Mereka kemudiannya kembali ke home milik White_Fury.

Suara Luke kedengaran di headphone.
"Bila nak tido?" Soal Luke kepada girlfriendnya seorang itu. White_fury mengambil tempat berhadapan dengan Axel yang sedang sibuk menyimpan senjatanya.

"Tak boleh tidur lah.." ujar Eden .

"Tidurlah.." balas Luke.

"Tak baik tidur lewat-lewat ni.." ujar Luke lagi.

Eden terdiam seketika. "Emm tapi tak boleh tidur.. nak buat cam mana?"

"Hm..kena ada Luke kat sebelah tu , baru boleh tidur agaknya.." ujar sebuah suara yang tiba-tiba muncul. Black_cat yang baru online itu mengejutkan mereka berdua.

"Kau ni buat terkejut aku je" ujar Eden . Ace hanya tergelak .

"Asal kau on lewat sangat ni?" Soal Luke pula sambil characternya iaitu White_fury berhadapan dengan Black_cat.

"Aku busy lah hari ni.. kerja kan..anyway korang berdua ni main daripada pukul berapa?" Soal Ace lalu dia menukarkan pakaian Black_cat dan mula mengadjust senjata yang sesuai dipakai untuk berperang.

"Dari...pukul 11 tadi" jawab Luke.

Terkejut Ace mendengar hal itu "makk aii,lama nauu on.. korang dating ke apa" 

Eden hanya tergelak mendengar hal itu. "Takdela.."

Luke hanya tersenyum senget mendengar hal itu. Takde konon.

"Oh ye.. by the way Eden.. asal dengan Justin?" Soal Black_cat lalu dia mengeluarkan kapak sebagai senjatanya .

"Kenapa dengan Justin?" Soal Eden hairan.

"Tengoklah Instagram Live dia..," balas Ace lagi "okaylah.. aku nak main one game.. Luke or Axel korang nak join?" Soal Ace lagi.

"takpela.. korang main dua je..aku nak rehat jap.." balas Eden.

"Boleh je..Eden.. kalau dah mengantuk, tidur tau.." sempat lagi boyfriendnya berpesan. Eden hanya tersenyum mendengar hal itu.

"Okay babe" jawab Eden selamba. Tersedak Luke dibuatnya apabila Eden memanggilnya begitu. Ace hanya tergelak besar mendengar perkara itu.

Luke mutekan speakernya seketika terhadap Ace dan hanya boleh didengari oleh Eden.
"Stop killing me like that.." ujar Luke.
Eden hanya mampu tergelak kecil . Black_cat dan White_fury kemudiannya hilang kerana mereka berdua sudah masuk ke medan perang.

Eden menyandarkan dirinya di kerusi semula lalu phone di atas meja dicapai.  Eden membuka instagramnya dan kelihatan Justin masih lagi sedang live. Kenapa dia buat live time jam lewat macam ni?

Eden menekan live Justin itu lalu dia terkejut melihat Justin yang matanya teruk dengan eyebag . Justin kelihatan sedang memegang guitar sambil menjawab soalan daripada fans-fans nya yang turut melihat Live nya pada tengah malam buta itu.

Wajah Justin kelihatan begitu sedih sekali. Tidak tahu mengapa, tetapi matanya kelihatan sedih dan dia hanya banyak tersenyum tawar. Eden agak terkejut melihat keadaan Justin seperti itu. Dia tidak pernah melihat Justin begitu. Selalunya Justin sentiasa ceria dan happy. Apa yang dah berlaku kepadanya?

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now