G12

7.3K 444 26
                                    

Penerbangan dari German baru sahaja tiba.

Eden menuju ke dalam airport sendirian kerana ahli butchers yang lain tinggal di negara yang berbeza.
Kecuali Luke sahaja yang tinggal di negara yang sama dengannya tetapi mengambil penerbangan berlainan masa.

Setibanya di hadapan pintu keluar dari tempat kapal terbang,

Jeritan orang ramai mula kedengaran. Eden agak terkejut dengan perkara itu lalu melihat sekeliling airport yang dipenuhi dengan beribu-ribu manusia yang membawa banner AXEL dan BUTCHERS.

Eden menutup mulutnya sambil melihat suasana itu. Sungguh dia tidak sangka apa yang dilihatnya sekarang.

"AXELLLL ARHHHH"

"AXEL CONGRATSS !!"

"YOU DID IT GURL!"

"AXELLLLLLLLLLL"

Security yang perasan hal itu, mula mengelilingi Eden untuk melindunginya daripada dirempuh para peminat di airport.

Eden pula, masih blur dengan apa yang terjadi sekarang dan berjalan keluar menuju ke pintu keluar airport sambil diiringi oleh para bodyguard di sekelilingnya.

Para peminat mula berpusu-pusu menghulur hadiah kepada Eden.

Eden teragak-agak untuk mengambilnya . Dia akhirnya mengambil hadiah-hadiah itu dan berterima kasih . Eden hanya memberikan senyuman sambil melambai-lambai kepada mereka.

"I love you Eden!"

"Eden, you're so cute!"

Eden hanya tersenyum malu mendengar pujian dan kata-kata para peminatnya. Nasib baiklah security guard itu prihatin. Keadaan Eden yang masih baru dalam dunia popularity itu, membuatkannya agak kekok dan sukar untuk menghadapi suasana seperti ini. Dia masih tiada bodyguard peribadi , mahupun manager untuk membantunya.

Setelah agak lama perjalanan merempuh beribu manusia itu, Eden menerima begitu banyak hadiah sehingga menutup wajahnya.
Seorang lelaki yang perasan hal itu dari jauh, terus mendekati Eden tetapi dihalang oleh pengawal yang menjaga Eden. Lelaki itu seperti berkata sesuatu kepada pengawal itu lalu pengawal itu memberinya ruang untuk pergi ke sebelah Eden.

Eden berusaha berjalan tanpa melihat hadapan akibat terlampau banyak menerima hadiah.
Sebuah tangan membantunya lalu mengambil hadiah-hadiah itu dari tangan Eden dan membawanya.

Eden terkejut lalu memandang orang yang membantunya itu.

"Shawn?!"
Shawn hanya tersenyum kepada Eden lalu mereka jalan beriringan keluar dari airport.

Shawn yang datang bersama bodyguard nya sendiri membantu Eden untuk melalui hal-hal seperti itu.

Shawn sudah biasa dengan hal seperti ini. Dia menjadi prihatin kepada gadis itu kerana dia tahu gadis itu pasti sukar untuk menyelesakan diri dengan keadaan itu.

"OMG IS THAT SHAWN?!!"

"SHAWNNNNN"

"SHAWNN REALLY GOOD LOOKING WTF-"

Eden berkelip-kelip memandang lelaki di sebelahnya. Hatinya berasa sedikit lega kerana akhirnya mereka berjaya keluar dari airport yang sesak itu.  Ingatkan dah habis..tetapi..

"ARHHHHHHHHH AXELLLLL"

Sekeluarnya mereka dari pusat penerbangan itu, penuh dengan orang ramai yang menunggu di luar dan menjerit seperti kena histeria apabila melihat Eden dan Shawn yang baru keluar.

Shawn menarik tangan Eden lalu memasuki sebuah kereta hitam mewah. Sepertinya kereta itu milik Shawn kerana bodyguard nya turut masuk ke dalam kereta itu.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now