G30

5.7K 386 25
                                    

Gg Arena, Gamer Academy,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gg Arena, Gamer Academy,

Semua kumpulan masih lagi duduk di meja masing-masing sambil menunggu ketibaan kumpulan yang bakal melawan vvip students.

Eden agak tertanya-tanya bagaimana sebenarnya Kevin setuju untuk kembali ke kumpulan ini. Wajah Kevin ditenung beberapa saat. Jax dan Asahi sedang berbual sesama sendiri.
Kevin yang terasa seperti dirinya ditenung oleh seseorang, memandang ke arah Eden yang sedang merenungnya.

Kevin berhenti bermain phone. "Apa kau nak tanya?" Soal Kevin yang akhirnya bersuara setelah sekian lama berada di situ bersama mereka.

Eden tersengih "kenapa kau join group ni balik?" Soal Eden .

Kevin terdiam seketika lalu menjawab "sebab aku terpaksa"

"Terpaksa?" Eden menyengetkan kepalanya sambil matanya berkelip-kelip mandang Kevin . Kevin memandang gadis itu.
Damn, sho cute!.

"Err ...more like.. yaaaa terpaksa lahh ...Ha.ha.ha" ujar Kevin lalu memberikan gelak awkward. Eden memandangnya pelik. "I'm not satisfied with that answer..." Balas Eden geram. Kevin mengetap bibirnya. Ei Eden ni! Banyak pulak tanya! Aku cubit kang baru tahu!

Jax memandang ke arah mereka berdua lalu menyampuk "He has he's own reasons... Stop asking him Eden.."

Eden mengeluh , serta merta wajahnya masam mencuka kerana tidak mendapat jawapan sebenar. Kevin hanya memerhati gadis itu . Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menerangkan perkara itu kepada Eden. Dia terpaksa join group ni balik disebabkan oleh Zayne. Kalau dia tidak mendengar kata Zayne, dia sendiri akan menyesal di kemudian hari. Cis, lelaki itu memang menguji kesabarannya.
Botol Air mineral di atas meja dicapai oleh Kevin lalu diteguknya.

Sedang mereka berbual-bual, sebuah kumpulan memasuki dewan . Semua mata memandang ke arah mereka. Eden terkejut melihat kedatangan mereka. Ini bukan.... The Ace ke?!

The Ace merupakan salah satu group yang terkenal di dunia. Mereka berempat digelar Beast. Group yang sangay diidolakan oleh Eden sendiri. The Ace juga tidak pernah kalah di mana-mana pertandingan sebelum ini. Kerjasama dan Chemistry merekalah yang membuatkan group The Ace menjadi kuat dan sangat dikenali ramai.

Mata Eden hanya mengekor melihat mereka mengambil salah satu tempat di Gg Arena itu. Eden kemudiannya melihat sekeliling. Eh..

Kenapa Vvip Students semuanya serta merta senyap? Entah kenapa suasana di dewan itu menjadi tegang apabila group itu datang. Eden memandang ke arah group The Ace. The Ace yang terlihat Eden, melambai tangan mereka kepadanya. Eden tersenyum lalu turut melambai ke arah mereka. Yelah sebelum ini pun, diorang pernah satu kelas dengan Eden dan banyak membantu Eden ketika belajar.

Jax hanya memandang gelagat The Ace yang baik kepada Eden.
"Kau kenal diorang ke?" Soal Jax.
Eden memandang ke arah Jax lalu mengganguk. "Kiteorang pernah satu kelas" jawab Eden.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now