G53

4.3K 327 107
                                    

Setelah perjumpaan dengan peminat tamat,

Para pelatih iaitu yang terdiri daripada 20 pro-gamers mula berpecah kepada kumpulan masing-masing. Satu kumpulan mempunyai seorang pelatih. Mereka semua diminta menuju ke tempat gaming yang disediakan.

Butchers,Shawn,Leondre dan Kevin dipanggil ke belakang stage oleh Ryan.

Ryan dan Violet memandang mereka bertujuh lalu mula menerangkan mengenai acara yanng seterusnya.
"Lepasni korang boleh start pantau setiap latihan pro-gamers bagi kat para amateur..korang kena tegur diorang kalau ada salah..okay?"

Semua mengganguk faham lalu memandang sesama sendiri.
Violet memandang ke arah mereka semua lalu memberikan iPad kepada setiap seorang.

"And jangan lupa untuk catat point setiap student dalam ni.."ujar Violet.

"Oh ye, tu juga hadiah daripada Our Ceo of Gaming Sport Center untuk korang.." tuntas Ryan. Terdiam seketika mereka bertujuh apabila menerima hadiah itu. Perhh dapat iPad bhaii.

"Kiteorang kena berpecah ke?" Soal Luke. Eden hanya memerhati interaction Luke dengan Violet. Violet tersenyum.
"We have 5 rooms for every class..so I think, yes.." jawab Violet. Setiap kumpulan dipecahkan dalam 5 dewan gaming. Jumlah kesuluruhan peserta ialah 1000. So, satu dewan gaming mempunyai 10 kumpulan yang bersamaan dengan 200 ahli. Satu kumpulan mempunyai 20 orang ahli dan seorang pelatih.

Mereka mengganguk faham. Masing-masing mula melihat ke dalam iPad masing-masing. Setiap orang diberi group yang harus mereka pantau nanti.

Kevin mendekati Eden lalu Eden memandangnya. "Kau dapat room mana?" Soal Kevin.

"Room...2" Jawab Eden. Kevin mengganguk . Dia agak sedikit kecewa kerana tidak dapat satu dewan dengan Eden. "Kau?" Soal Eden.

"Room 4" jawab Kevin . Eden hanya membuat mulut 'o' . Matanya kemudian beralih memandang ke arah Luke dan Violet yang sedang berbual sesama mereka. Dia pun tidak tahu kenapa matanya sentiasa memandang ke arah mereka.

Andy dan Ace mendapat dewan yang sama iaitu Room 1. Manakala Shawn mendapat Room 3. Leondre mendapat Room 5.

How about Luke?. Eden memandang ke arah Luke .

"Okay you guys boleh pergi dewan masing-masing..good luck" ujar Ryan lalu mereka semua mula berpecah dan menuju ke dewan masing-masing. Hanya Luke sahaja yang masih belum berganjak . Dia masih berbual dengan Violet. Eden sempat mengerling ke arah mereka berdua. Hmm nak tunjuk sweet takyah lah depan aku cis.

Eden terus melangkah keluar dan menuju ke dewan yang bernama Room 2 . Nampaknya hari ini tugasannya agak mencabar. Dia perlu menghadap 200 orang ahli baru Gamers dan 10 pro-gamers, lalu memberi point kepada mereka. Markah yang mereka berikan amatlah penting untuk menentukan sama ada mereka layak ke World Championship ataupun tidak. Kerana E-Sport World Championship hanya menerima 80 kelayakan untuk para gamers biasa daripada setiap negara. Jadi hanya 10 orang gamers biasa yang terpilih sahaja daripada setiap negara yang dapat dihantar ke sana.

Event dan kem pada hari ini lah yang menentukan nasib mereka. Siapakah 10 orang gamers baru itu yang dapat melayakkan diri ke perlawanan dunia nanti? Nasib mereka berada di tangan Butchers,Shawn,Leondre dan Kevin.

Eden berhenti di hadapan pintu besar di depannya. Jelas tertulis di atas pintu besar itu 'ROOM 2'

Eden menarik nafasnya lalu dia perlahan-lahan memulas tombol pintu dewan itu.

Dia terus melangkah masuk ke dalam dewan dan kelihatan semua mata memandang ke arahnya. Mereka tiba-tiba bersorak apabila Eden masuk.

Siapa tak gembira bila dapat Eden sebagai mentor mereka semua . Eden hanya tersenyum awkward lalu menuju ke arah meja hadapan yang disediakan untuknya bagi memantau aktiviti mereka. Wajah para pro-gamers di bilik itu dilihat oleh Eden.
Oh semua dia tak kenal. Nasib baik.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now