G23

5.5K 396 17
                                    

Marquess Highschool

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Marquess Highschool.

Justin melihat ke arah meja Eden yang kosong. Sudah seminggu Eden pindah di sana. Terasa sunyi apabila rakan baiknya itu tiada di sekolah. Selalunya ada lah juga orang yang dia nak usha hari-hari.. sekarang dia hanya boleh melihat gambar Eden sahaja di Instagram.

"Justin.." suara Ben mengejutkan Justin dari lamunannya. Ben yang sedang bermain phone dipandang oleh Justin.

Waktu rehat sedang berlangsung. Endrew pula sudah pergi ke kantin membeli makanan untuk mereka semua. Mereka bertiga memang selalu makan di kelas bersama.

"Kau okay tak? Asal diam je?" Soal Ben sambil bermain pubg di phonenya. Sekali sekala dia melihat ke arah Justin.

Tangan Justin bertelungku di dagu lalu berkata "boring.."

"Lepas sekolah, kita lepak Gaming Center?" Ajak Ben . Justin memandangnya lalu terdiam seketika.
"Aku takde mood lah.." ujar Justin lalu pipinya diletakkan di atas meja.

Ben berhenti bermain phone lalu memandang rakannya itu. "Kau kata kau nak masuk gamer Academy.. kalau perangai kau macam ni, bila kau nak masuk nya?" Tuntas Ben.

Justin terdiam . Dia sendiri tidak pasti jika dia dapat pergi ke sana atau tidak. Dapatkah dia jadi top3  pro gamers dunia? Nak lawan ahli butchers lagi dah satu masalah. Justin menyarabaikan rambutnya tanda stress.

Ben hanya memerhatikan Justin.

༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ

Eden duduk di sebuah taman tasik yang disediakan di Gamer Academy. Selain daripada di ruang belakang Academy, Di luar Gamer Academy juga, terdapat sebuah taman yang sangat indah dan sesuai untuk pelajar lepak bagi menenangkan fikiran.

 Selain daripada di ruang belakang Academy, Di luar Gamer Academy juga, terdapat sebuah taman yang sangat indah dan sesuai untuk pelajar lepak bagi menenangkan fikiran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eden menikmati pemandangan itu. Manakala Shawn dan Leondre kehulur kehilir dari tadi demi mencari Group untuk Eden.
Shawn melihat setiap nombor pelajar Gamer Academy yang disimpannya di dalam telefon.  Tetapi kebanyakan antara mereka tidak sesuai menjadi group Eden. Eden punya kelebihan lebih kuat daripada mereka semua.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now