G57

3.7K 277 33
                                    

"Eden, tolong ibu beli barang dapur..." Jeritan suara ibu Eden kedengaran dari arah dapur.
Eden yang sedang bermain game di komputer itu terhenti seketika. Aduhh hampir nak victory ni!! Huwaaa!!
Dengan hati yang berat, dia terpaksa meninggalkan game itu dan shut down komputernya. Semuanya demi ibu yang tersayang.

Eden melangkah ke arah dapur. Kelihatan ibunya sedang mengemas alatan dapur. Ibunya memandang ke arahnya lalu tersenyum. "Tolong ye sayang? Ibu banyak kerja ni.. tak dapat nak keluar.."

Eden hanya mengganguk dan memberi senyuman yang mekar kepada ibunya. "Baik ibu.." balas Eden.

Jam ditangan dikerling seketika. 8 malam.

"Oh ye, ajak lah Danny teman kalau kamu tak berani pergi sorang-sorang" ujar ibu Eden sambil tangannya sibuk menyusun pinggan mengikut warna di atas rak bersebelahan dengan singki.

"Okay" balas Eden lalu dia berlari menuju ke arah bilik Danny yang terletak bersebelahan dengan biliknya itu. Pintu bilik itu tertutup rapi.

'Tok, Tok,Tok'
Pintu bilik diketuk.

"Apa" Terdengar suara Danny membalas dengan nada yang malas.

"Teman aku pergi kedai jap..ibu suruh beli barang" ujar Eden yang masih tercegat di hadapan pintu yang tertutup rapi itu.

Danny yang sedang baring melayan telefonnya di atas katil mengerling ke arah pintunya. "Ahh Pergi lah sendiri, sibuk nak ajak aku kenapa"tuntas Danny. Dah lah dah ada boyfriend tak bagitahu aku, cis.. lepastu sibuk nak ajak aku keluar. Hmm ni nak merajuk setahun ni.

"Alaaaa Danny!!! TEMAN LAH AKU!!BUKA PINTU NI SEBELUM AKU TENDANG" Eden yang mulai bengang itu memandang geram pintu itu. Nak merajuk pulak dah mamat sekor ni. Aku bukan tak layan dia semalam, sebab ada Luke je, aku terpaksalah ketepikan dia sekejap eheks.

"Tendang lah" balas Danny selamba.

'TANG'

Terkejut Danny dibuatnya apabila Eden memang betul-betul menendang pintu biliknya. Danny terus bangun dari katilnya dan mengurut-urut dadanya. Kuss semangat. Hampir melayang roh aku tadi.

"WOI ASAL TENDANG!" Danny terus membuka pintu biliknya lalu dia berhadapan dengan Eden yang merenungnya dengan wajah selamba.

"Lahh tadi suruh aku tendang..aku tendang lah" balas Eden selamba lalu melangkah masuk ke bilik Danny dan baring di atas katilnya. Danny memandang bengang gadis itu.

"Tak serupa perempuan betul perangai dia ni" Danny mengambil tempat di atas sofa di biliknya lalu memerhati Eden yang selamba mengambil phone Danny yang terletak di atas katil, lalu membukanya. Of course dia tahu password phone Danny. Setiap bulan dia usha bila Danny nak on phone dia. MUAHAHA.

"Jomlahh teman aku.. dah malam ni . Aku takut" kata Eden. Danny hanya memerhatikannya. "Aku busy lah" balas Danny memberi alasan. Eden membetulkan kedudukannya dari baring ke duduk lalu dia memandang ke arah Danny.

"Busy apanya.. dari semalam berkurung dalam bilik macam dah takde life..baik ikut aku pergi keluar beli barang, boleh hirup udara segar" tuntas Eden lalu mengangkat-angkat keningnya memandang Danny . Danny mengeluh.

"Bayar lah! kalau nak ajak aku teman"ujar Danny selamba.

Eden hanya tergelak mendengar hal itu. "Aku beli apa je kau nak..amacam?" Balas Eden yang mula merasuah lelaki itu. Danny yang seperti berminat dengan hal itu tersenyum senget. "Apa sahaja?" Soal Danny lagi.

Eden mengganguk. Danny terus bangun daripada tempatnya lalu mencapai kunci kereta di dalam laci. "Ok jom"

Eden bersorak gembira lalu mereka pun mula bersiap untuk keluar pada malam itu.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now