G58

3.9K 278 17
                                    

Keesokan harinya,

Eden menekan loceng rumah Luke,
Dah bangun belum manusia ni?

Namun tiada sebarang sahutan. Eden mula menelefon nombor Luke.
Tut tut....
Tut tut....
Tut tut....

Masih tiada sahutan. Mana pula si Luke ni pergi?. Where are you my boyfriendddd. Tombol pintu dipulas.
Eh? Tak kunci.
Eden perlahan-lahan memasuki rumah banglo yang besar itu . Sunyi sahaja di dalamnya. Dengan lampu tak pasang, langsir tak buka.. mesti Luke belum bangun ni. Fikirnya.

Eden menuju ke arah ruang tamu. Tiada orang. Kemudian dia melangkah pulah ke arah dapur. Kedengaran bunyi kuali seperti ada orang sedang memasak. Tekaannya tepat. Luke sedang memasak di dapur. Eden tersengih lalu dia menuju ke arah lelaki itu perlahan-lahan.

"Siapa suruh masuk" tegur Luke sambil matanya hanya fokus pada masakannya.

Tersentak Eden dibuatnya. "dah pintu tak kunci, Eden masuklah" jawab Eden. Eden mengambil tempat di atas kerusi yang berdekatan sambil memerhati Luke yang berwajah serious pada pagi itu. Dah kenapa?

"Keluar balik" ujar Luke. Berkelip-kelip mata Eden mendengar hal itu. "Lahhh kenapa" soal Eden lalu dia mendekati Luke. Luke menjauhkan dirinya daripada Eden. Eden memandangnya pelik.

"Tak baik halau orang" ujar Eden .

"Hmm keluar" kata Luke lagi tanpa memandang mata Eden. Eden menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal lalu dia mengeluh. "Fine" balas Eden . Kakinya terus melangkah pergi ke arah pintu keluar.

Luke terdiam seketika. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. "No.. jangan keluar.. just come here..don't go anywhere" . Eden tersenyum lebar mendengar hal itu. Ha tahu takut!!

Eden kembali ke menuju ke arah Luke yang masih memasak di dapur. Dia berasa hairan kenapa tiba-tiba mood Luke agak berbeza pada pagi itu.

"Why babe?..kenapa bad mood je ni?" Soal Eden lembut. Luke hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab soalan Eden. Dia hanya terus memasak . Eden mengeluh dan tangannya bertelungku sambil memerhati Luke.

"Luke..tell me.. kalau tak bagitahu, macam mana Eden nak tahu?" Pujuk Eden lagi dengan nada yang lembut. Luke yang pads mulanya tengah dalam bad mood terus merasakan bagai ada air yang mengalir menghilangkan amarahnya itu. Suara Eden itu mampu membuatnya berlembut hati semula.

"Eden pergi mana malam semalam" soal Luke dengan serious. Eden terdiam beberapa saat mengingat kembali kemana dia pergi semalam.
"Ouh.. mall, beli barang dapur..kenapa?" Soal Eden.

"Dengan siapa?" Soal Luke lagi. Eden tersenyum apabila Luke memberi soalan itu. I see.. so sebab ni lah dia bad mood.

"Ni mesti kerja paparazzi kan.. ada gambar Eden viral lagi ke?" Ujar Eden selamba lalu dia mula mendekati Luke yang tidak mengendahkannya.
Ok first, how to pujuk lelaki: (ehem tektik ini jangan ditiru oleh yang tidak dibenarkan dalam agama sekian).

First , back hug. Eden memeluk belakang Luke yang sedang memasak itu. Luke masih tidak mengendahkannya. "Eden keluar dengan Danny je semalam, sebab ajak dia teman.." pujuk Eden.

"So, perlu ke kiss bagai?" Soal Luke lagi. Eden tersenyum sinis. Ohh pasal tu rupanya.

"Sempat pulak paparazzi snap part tu eh" tuntas Eden lagi. Luke yang hampir tergelak mendengar ayat Eden hanya mampu menahan senyumannya. No! Jangan kalah lagi Luke!

Luke kembali mengekalkan wajah straight nya. "Jawapan tu tak menjawab soalan.." balas Luke lalu dia meleraikan tangan Eden daripada memeluk belakangnya.

Eden tergelak kecil. Alo comel je tengok Luke jealous. Ok kita go to plan B.

Second, Staring Contest.
Eden selamba menyelit di hadapan Luke yang sedang memasak itu lalu merenungnya. 

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now