G1

14.7K 616 89
                                    

Sunyi , kosong , sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sunyi , kosong , sepi. Aku ada semuanya. Aku ada keluarga yang bahagia, aku ada kawan yang ramai, aku dapat apa yang aku mahu. Tapi aku tiada satu perkara, aku tidak pernah nampak keikhlasan. Aku merasakan seolah-seolah aku mayat yang hidup. Aku tiada rakan yang sebenar, aku tidak pernah merasakan kebahagiaan.

Quinn Eden merenung ke luar jendela kelasnya. Dapat dia lihat gelanggang tennis di bawah sedang dipenuhi oleh pemain-pemain sekolah. Mereka sedang nekad berlatih untuk persediaan pertandingan minggu hadapan yang bakal berlangsung di sekolah mereka.

Marquess Highschool sangat terkenal dengan team Tennis yang menjadi harapan sekolah. Team Tennis sekolah ini sering mendapat gelaran juara bertahan pada setiap tahun.

"Baiklah, saya mahu seorang pelajar untuk menjawab soalan di hadapan!" Tegas Madam Harley bersuara. Matanya merenung tajam setiap pelajarnya.

"EDENN!!!!" serentak satu kelas menyebut nama Eden. Eden yang sedang termenung itu mengeluh. Dia memandang soalan yang berada di whiteboard dengan mata kuyunya.

"Eden, sila jawab soalan di hadapan!dari tadi kamu tak fokus saya mengajar!" Madam Harley mula meninggikan suaranya. Eden terdiam beberapa saat.

Justin yang sedang tidur itu terjaga apabila mendengar nama Eden dipanggil. Matanya merenung gadis itu.

Eden bangun daripada tempatnya dan dipandang sinis oleh rakan-rakan sekelasnya. Mereka begitu berpuas hati melihat Eden yang dimarahi oleh Madam Harley.

"Padan muka.."

"Memang patut pun kau yang kena jawab soalan tu"

Eden tidak menghiraukan kutukan mereka lalu terus mencapai marker di atas meja guru. Eden terus menulis jawapan bagi soalan matematik itu.
Dia menulisnya dengan pantas dan lancar sambil diperhati oleh Madam Harley yang sedang memeluk tubuh.

Justin tersenyum melihat Eden menulis jawapan dengan tepat. Matanya hanya mengekor pergerakan gadis itu.

Setelah selesai dia meletakkan marker itu semula di atas meja guru. Madam Harley agak terkedu melihat jawapan perfect yang ditulis oleh Eden.

Satu kelas menjadi senyap apabila melihat jawapan Eden. Eden kembali ke tempatnya semula lalu memandang ke luar tingkap.

Kelly memandangnya geram. Tangannya menggengam kuat pensil picit itu. Rancangannya untuk mengenakan gadis itu tidak berjaya lagi.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now