G60

4.1K 273 53
                                    

Japan International Airport,

Eden memandang ke arah Luke dengan wajah nak menangis.
Luke hanya mampu tersenyum melihatnya. Mereka berdiri berhadapan sambil diperhatikan oleh 3 manusia iaitu Kevin,Shawn dan Leondre yang turut ingin berangkat pulang ke German.

"Bye" balas Luke lalu dia sengaja melambai ke arah hadapan wajah Eden. Eden terus menangis macam budak-budak kena tinggal dengan mak ayah disitu (buat-buat) . Tergelak Luke dibuatnya.

"Jomlah ikut" ujar Eden.

"Tak boleh, sayang~" balas Luke lembut. Eden hanya tersenyum malu mendengar Luke memanggilnya begitu. Ee cakar kang, meow!.

"Banyak kerja kat sini yang belum settle, nanti dah settle, Luke datang sana.. promise" jawab Luke lalu mengangkat tangannya seperti berjanji.
Leondre hanya tersenyum melihat drama free yang berlaku di depannya, jap aku cari popcorn, mana popcorn aku?!

Kevin hanya memerhati. Dia sebenarnya dah redha. Dia dah tidak kesah lagi jika Eden memilih Luke, kerana Luke pun kawan baiknya juga. Dia gembira melihat dua membernya bersama. Asalkan Eden happy, I'm happy too.

Shawn pula hanya melayan phonenya. Dah macam budak tengah merajuk setahun dengan mak ayah. Sejak dua menjak ni, dia tidak mahu berbual dengan Eden. Tetapi dia masih berbual dengan Luke.

"Okay.. kalau tak kotakan janji tu.. Eden lari" ugut Eden selamba. Tersenyum Luke dibuatnya. "Beranu ke lari?"

Eden hanya mengangkat-angkat keningnya memandang Luke. "Eh come on lah, ni Eden okay...Kevin boleh tolong bawa lari aku, kan Kevin?" Sempat pula Eden memandang ke arah Kevin.

Kevin yang tiba-tiba terlibat sama itu hanya memandang Eden hairan. "Kau mengarut apa?, Kalau kau lari, aku call je bf kau datang"

Tergelak Luke dibuatnya mendengar jawapan Kevin. Eden hanya memuncungkan wajahnya. Cis Kevin tak support!

"Takyah mengada nak lari-lari, kalau hilang nanti, aku juga yang susah nak cari.. duduk diam-diam kat Academy tu, Faham?" Nasihat Luke sambil merenung wajah Eden. Eden hanya mengganguk-angguk dengan wajah bosannya. Luke hanya tersenyum lalu dia 'pats' kepala gadis itu perlahan.

Setelah selesai perbualan terakhir mereka sebelum berangkat ke German, Luke berhadapan dengan Kevin pula. Eden menuju ke arah Leondre dan berbual dengannya.

"Aku nak minta tolong kau.." ujar Luke sambil memandang serious Kevin. Kevin hanya tersenyum sinis

"kau nak aku tolong jaga Eden kan?takyah bagitahu aku pun takpe, aku akan jaga dia... Jangan risau" jawab Kevin.
Luke hanya tersenyum mendengar jawapan sahabat baiknya itu lalu mengganguk.
"Lagi satu..perhatikan si Justin tu.." bisik Luke perlahan supaya tidak didengari oleh Eden.

Kevin memandang pelik Luke. "Kenapa? Justin ada buat apa-apa ke?"

Luke terdiam seketika lalu dia merenung mata Kevin "aku rasa tak sedap hati..sebab sejak dua menjak ni dia banyak diamkan diri.."

Kevin berfikir sejernak. "Hmm okay, aku cuba.." balas Kevin. Luke mengganguk lalu "thanks..sorry susahkan kau" tuntas Luke. Kevin hanya tersenyum.

"Eden pun special dalam hidup aku, so, time-time macam tulah aku ada peluang nak ambil hati dia" balas Kevin selamba lalu tersenyum sinis. Luke merenungnya tajam .
"Kau jangan sampai aku batalkan contract kau dengan company aku.." ujar Luke. Tersedak Kevin dibuatnya. "HAHAHA okay, okay.. aku gurau, chill lah" jawab Kevin .

Jangan risau Luke, aku takkan ambil Eden daripada kau sebab aku taknak tengok orang yang aku sayang terluka. Aku suka tengok Eden bahagia. Kevin hanya memberikan senyumannya.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now