G18

6.2K 426 32
                                    

Pada keesokan harinya,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada keesokan harinya,

Bunyi loceng yang membingitkan telinga , dipadamkan oleh Eden yang terjaga dari tidur.

Kedudukannya dibetulkan sambil menggosok-gosok matanya. Jam dilihat sekilas.

5.00 a.m.

Dalam keadaan mamai, Eden turun dari katilnya dan menutup suis aircond. Lampu di 'on' kan. Dia berjalan ke arah almari lalu mencapai tuala bewarna royal blue miliknya dan terus menuju ke dalam bilik air. Terasa sejuk lantai bilik air kerana aircond yang termasuk ke dalamnya. Nasib baiklah ada air panas. Kalau tak, mati beku dah guwe.

༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ༼ つ ◕‿◕ ༽つ

Setelah selesai bersiap, Eden keluar dari apartment nya lalu menguncinya dengan G.A Card miliknya.

Suasana di tingkat 5 itu sunyi sahaja . Selama Eden berada di dalam apartment nya, tidak pula dia mendengar sebarang bunyi bising di luar. Ada ke pelajar di dalam setiap pintu apartment di sekelilingnya itu?

Eden menuju ke dalam Lift , dan baru je dia nak tekan, seorang lelaki menahan pintu Lift dan memandang ke arah Eden sekilas. Dia terus masuk ke dalam Lift itu .

Suasana di antara mereka senyap sahaja. Eden mencuri-curi lihat orang di sebelahnya itu. Lelaki itu hanya bermain phone dan sekali sekala dia memandang ke arah Eden semula.

'Nak tegur ke tak?' Fikir Eden.

Eden menarik nafas sedalamnya lalu berkata "err hye?"

Lelaki itu tidak menjawab dan hanya memandang phonenya. Eden melihat ke arah telinga lelaki itu yang ditutup oleh airpod.

Ouhh maybe dia tak dengar.

"Hye?" Kali ini Eden melambai ke hadapan wajah lelaki itu. Lelaki itu baru sedar lalu dia mencabut airpod di telinga kanannya dan memandang ke arah Eden dengan pandangan hairan.

"Kau panggil aku ke?" Soal lelaki itu.

Yela pakcik, aku panggil kau lah. Siapa lagi yang ada dalam lift ni selain kau dengan aku .

"Haah.." balas Eden.

Lelaki itu agak terkejut apabila Eden menegurnya tadi. "Kenapa?" Soal lelaki itu.

"Kau.. tinggal kat apartment tingkat 5 juga ke?" Soal Eden yang cuba membuat kawan dengan lelaki itu.

"Yes.. why?" Soal Lelaki itu lagi.

Eden menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memang tak reti nak tegur stranger sebenarnya. Terasa awkward tiba-tiba. Dahla tiba-tiba tegur orang macam tu. Haihlah Eden..

Lelaki itu hanya memandang kelakuan Eden. Dia kemudiannya tersenyum bila melihat Eden yang sedang buntu untuk menjawab soalannya.

"Aku Jax.." Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Eden.
Eden bersalam dengannya lalu berkata "Eden"

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now