G62

3.7K 271 20
                                    

Keesokan harinya, Eden duduk menghadap komputer di Gaming Room private yang ditempah olehnya pada pagi itu. Dia tidak mahu menggunakan Gaming Room yang umum atas sebab tertentu. Dia mahu berlatih dengan kumpulannya secara rahsia. PRIVATE Gaming Room adalah bilik dimana mereka yang lebih suka berlatih bersendiri berada di sini, namun dengan syarat, mereka harus menempah bilik itu sebelum digunakan. Eden telah menempah bilik itu untuk masa seminggu. Ini demi meningkatkan prestasi kumpulannya.

Eden berusaha berlatih untuk menaikkan levelnya dan juga meningkatkan skillnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eden berusaha berlatih untuk menaikkan levelnya dan juga meningkatkan skillnya.
Surat di atas meja sempat dikerling. Surat kelulusan contract antara company. Eden dan Kevin telah mendaftarkan diri di company yang sama sebagai duta Gamers. Namun hal itu masih lambat lagi untuk dipedulikan.
Apa yang merisaukan hatinya sekarang ialah mengenai Kejuaraan Dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tangannya laju di keyboard dan juga mouse mengawal Axel di dalam Game. 

Seorang lelaki menghampirinya dan mengambil tempat di sebelahnya.
Eden mencabut headphonenya lalu memandang ke arah lelaki itu.

"Eh dah sampai.. mana yang lain?" Soal Eden sambil memandang ke arah Bunny yang sedang meng'on' kan pc nya.

"Tak tahu..tadi aku nampak Suuin kat luar, tengah borak dengan member dia" jawab Bunny. Eden mengganguk faham lalu seperti yang dikatakan oleh Bunny, Suuin yang baru memasuki tempat itu menuju ke arah mereka.

Dia mengambil tempat di sebelah Bunny.

"Sorry late Captain" ujar Suuin. Eden hanya tergelak mendengar hal itu. "Sokay lah" ujar Eden.

Leondre yang baru tiba , memberikan senyuman kepada mereka lalu mengambil tempat di sebelah Eden.

Mereka kemudiannya kembali fokus pada skrin dan memulai latihan mereka sambil mendengar beberapa perkara yang ingin disampaikan oleh Eden.

"Disebabkan kelas semua ditangguhkan kerana memberi peluang pada kita untuk berlatih, so aku tempah bilik ni untuk jadi tempat kita berlatih hari-hari" ujar Eden.

"I see.." ujar Leondre. Tangannya laju di keyboard mengawal Phantom7 yang sedang menembak musuhnya yang terdekat.

"Kenapa kau nak buat latihan secara rahsia?" Soal Bunny. Bunny di dalam game selamba menembak dua musuhnya serentak dari jarak yang begitu jauh. Tercengang Eden melihatnya. Pro seyh mamat ni. First time Eden jumpa player yang relax seperti Bunny. Kalau tengok dia main, macam dia tiada perasaan je bila buat perkara gempak. Ibarat perkara itu dah biasa baginya.

"Sejujurnya, aku tak bagitahu sesiapa pun pasal siapa ahli kumpulan aku..kecuali Leondre je yang diorang tahu" jawab Eden.

Suuin sempat mengerling ke arah gadis itu lalu matanya fokus semula mengawal Waffer yang sedang terjun daripada bukit ais itu.
"Eh..yeke? Aku fikir semua orang dah tahu"

Eden tersenyum sinis. "Aku nak korang semua rahsiakan identiti korang... Jangan bagitahu sesiapa pun yang korang ialah wakil Gamer Academy" tuntas Eden .

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now