G41

4.7K 364 55
                                    

Semua pelajar sudah tiba di kelas setelah selesai membeli barang masing-masing, mula menyusun Gaming setup mereka dengan sebaik yang mungkin.

Eden membantu menyusun dengan kemas setiap peralatan itu,
Manakala Kevin dan Jax sudah mula pasang itu dan ini . Asahi pula membantu Eden untuk mengemaskan setiap setup yang diletakkan.

Professor Luc mula masuk ke kelas itu semula lalu memerhati setiap kerja pelajarnya .

Setelah beberapa minit siap pasang semua setup, semua group berdiri di tepi gaming setup masing-masing dan menunggu penilaian daripada Professor Luc.
Prof.Luc mula pergi ke meja pertama di hadapan dan hanya diperhati oleh semua pelajar.

Semua mula memberi penerangan mengapa mereka memilih setiap Gaming setup tersebut.
Prof.Luc mula mencatat setiap kerja mereka di tabletnya.

Dan akhir sekali, dia menuju ke kumpulan Kevin.
Gaming Setup Kumpulan Kevin:

 Gaming Setup Kumpulan Kevin:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Prof.Luc mengganguk-angguk melihat setiap setup itu lalu dia mula menujukan soalan. Dan Kevin menjawabnya dengan penuh bijak membuatkan Prof.Luc kagum dengan kerjasama kumpulan itu.

Setelah selesai menilai markah setiap group, Prof.Luc kembali menuju ke hadapan .

"Setakat yang saya lihat dalam kelas ini, Group Kevin mendapat markah tertinggi ..so, korang boleh contohi mereka dan tanya mereka sebarang soalan jika mahu.." ujar Prof.Luc lalu semua menepuk tangan . Mereka dah agak kumpulan Kevin akan mendapat pujian.

"Tetapi daripada apa yang saya lihat...saya belum berpuas hati sepenuhnya dengan semua ini..." Terdiam satu kelas apabila Prof.Luc berkata begitu.

"Kumpulan Kevin sememangnya best group, tapi apa yang menyebabkan dia jadi best group adalah sebab expensive setup yang digabungkan bersama.. and of course all expensive setup is the best choice for perfect gaming setup.." ujar Prof.Luc lalu semua hanya mendiamkan diri apabila mendengar hal itu.

"But.. apa yang kurangnya ialah.. all those setup don't have chemistry to each other..." Tuntas Professor lagi.

"Saya masih belum jumpa pelajar tahun ni yang boleh fikir tentang chemistry gaming setup..." Ujar Professor sambil memerhati setiap wajah pelajarnya. Kemudian tiba-tiba dia teringat seorang pelajarnya daripada tahun lepas.

"Saya hanya jumpa seorang sahaja yang tahu mengenai chemistry setup...iaitu seorang daripada pelajar tahun lepas.."

"Siapa Prof?" Soal salah seorang pelajar di kelas itu.

"Luke... You guys know him right?" Jawab Professor lalu tersenyum. 

Semua memandang sesama sendiri lalu mengganguk. Eden terkedu apabila Professor menyebut nama Luke. 

"He's the best student that I respect so much..." Ujar Professor lagi .

Eden tiba-tiba teringat wajah lelaki itu yang senyum kepadanya. Dan sentiasa bersamanya ketika dia ada masalah. Luke..

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now