PART 1

10.4K 224 3
                                    




"TAHNIAH Dhea Haneesa, kali ini test awak dapat full mark lagi. Keep up the good work." Ucap Professor Arman kepada Dhea. Sepanjang semester pertama hingga semester ke tiga ini, jarang sekali gadis itu tidak perform sehingga menjadi kesayangan para lecturer di universiti itu.

"Terima kasih prof.." Balas Dhea sambil melihat markah penuh di kertas itu. Dia kembali ke tempat duduknya.

"Okay class, yang mana tak dapat full mark boleh refer paper Dhea ye. Jawapan dia sangat bagus dan teliti. Saya harap kamu semua boleh follow cara Dhea juga."

"Baik prof.."

"Okay. Class dismiss." Professor Arman mengemas barang-barangnya lalu keluar dari dewan kuliah itu.

Para pelajar yang lain juga turut bangun dan beransur keluar dari dewan.

Dhea masih lagi duduk di dalam kelas sambil melihat kertas ujian yang dibagi oleh professor tadi. Sudah jadi kebiasaannya dia akan meneliti semula segala kertas ujian atau kertas peperiksaannya.

"Kenalkan top student kita kawan-kawan! Dhea Haneesa!" Lalu terdengar tepukan dari para pelajar yang tinggal.

Terkejut Dhea bila terdengar namanya dipetik. Dia mengecilkan mata memandang Zahra. Si Zahra ni memang sejenis suka bercakap kuat ibarat tertelan speaker. Tapi nak buat macam mana, Dhea sudah melekat dengan Zahra dari semester pertama lagi.

"Apa kau ni Zahra! Malu laa wei." Mata Dhea melilau melihat sekeliling, nasib baik tak ramai yang ada dalam dewan sekarang. Tangannya mula mengemas buku-buku dan kertas di hadapannya.

"Malu apanya. Top student. Patut kau bangga macam mana aku bangga dengan kau." Zahra menaikkan keningnya.

"Yee. Aku bangga bila kau bangga dengan kebanggaan kau berkawan dengan aku." Dhea menepuk bahu Zahra seolah-olah bersetuju dengan kenyataannya.

"Haa macam tu laa. Aku pun bangga bila kau bangga dengan kebanggaan aku yang berbangga berkawan dengan kau." Zahra pula menepuk bahu Dhea sekali lagi. Ha balas laa lagi. Ini Zahra tau, tak pernah kalah kalau dalam bercakap.

"Dahlah. Malas aku layan kau yang masuk air tu." Dhea menggalas beg lalu dia bangun dan melangkah keluar. Kelas hari ini sudah tamat, Dhea mahu pulang ke rumah.

"Woi. Tunggu aku laa. Alaa gurau sikit tak boleh." Laung Zahra. Tergopoh gapah Zahra menyimpan segala barang-barangnya ke dalam beg lalu dia berlari anak menyaingi langkah panjang Dhea.

Begitulah dua sahabat itu suka usik mengusik antara satu sama lain. Kalau bergaduh mulut tu dah selalu sangat. Rata-rata pelajar lain pun kenal Dhea Haneesa seorang pelajar yang pandai manakala Zahra pula seorang yang suka bercakap kuat dan suka mengusik.

🌞🌞🌞

Zahra menarik tangan Dhea bila dia terpandang sekumpulan pelajar yang mengerumuni seorang pelajar perempuan. Buat apa tu?

"Eh tak payah campur laa hal orang." Dhea pula menarik lengannya. Kenal sangat perangai Zahra ni kalau tak campur hal orang tak sah.

"Kejap je. Jom laa kita tengok diorang buat apa tu.."

Dhea mengalah lalu mengikut langkah Zahra. Mereka mula menyusup masuk dalam kalangan pelajar yang ramai itu. Zahra dan Dhea terkebil-kebil memandang seorang pelajar perempuan yang sudah terduduk itu.

"Dah tahu kau tu kotor, datang sini buat apa? Nak malukan universiti kita ke?"

"Entah dia tu. Tak malu betul. Dengan bawak perut lagi.."

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now