PART 38

4.8K 328 55
                                    





"DHEA.. duduk sayang. Kita makan dulu. Han penat tu.." pujuk Tengku Aishah. Dia nampak wajah Dhea berubah tetapi dia juga tidak menyalahkan Tengku Elhan.

Dia pernah melihat anaknya menangis kerana Dhea jadi dia tahu anaknya itu masih sayangkan Dhea Haneesa. Mungkin anaknya masih rasa bersalah.

Dhea senyum kelat. Puding untuk Tengku Elhan tadi dibawa ke tempatnya. Tengku Elhan tak mahu, jadi dia sahajalah yang akan makan bahagian itu.

"Sedap! Pandai Dhea masak." Puji Tengku Elman. Terus Tengku Elman keluarkan telefonnya.

"Aah kan abang Elman. Rugi je orang tak nak makan." Tambah Tengku Elena dengan kuat. Sengaja kerana Tengku Elhan masih di situ.

Dhea cuma senyum. Nasib baik pudingnya menjadi hari ini. Kalau tak, malu juga dia dengan Tengku Aishah.

"Bolehlah Dhea buat selalu. Bonda pun suka. Tak hanyir, manis pun sedang-sedang aje. Nak makan banyak pun tak rasa bersalah." Puji Tengku Aishah lagi. Beruntung betul kalau boleh buat menantu.

"Biasa-biasa je bonda. Itu pun sebab selalu tengok grandma buat. Tapi kalau bonda nak makan nanti cakap je. Dhea boleh buatkan." Balas Dhea cuba untuk menutup rasa sedih di hatinya. Perlahan-lahan dia menyuap puding itu ke mulutnya.


🥀🥀🥀


TENGKU ELHAN menghempaskan badan ke atas katil. Tak sangka dia akan berjumpa dengan Dhea hari ini. Tuhan saja tahu bagaimana dia cuba untuk mengawal riak wajahnya tadi.

Tujuan dia pulang adalah kerana dia perlu berjumpa dengan pelanggan penting pada esok hari. Lusa dia akan kembali ke London.

"Han rindu Dhea.." gumam Tengku Elhan namun entah kenapa dia merasakan seperti suaranya tersekat di kerongkong. Dia mahu menyapa gadis itu tetapi akalnya menghentikan perbuatan itu.

Kata-kata Fikri kembali menjelma di minda. Dia tahu dia tak sepatutnya mengambil endah benda yang keluar dari mamat psiko itu namun semua itu ada benarnya. Dia cuma akan menambah luka pada Dhea.

Ting!

Tengku Elhan mengambil telefon di sisinya. Dia membuka mesej yang masuk itu sebelum dia melempar kembali telefonnya.

Tengku Elman menghantar gambar Dhea menembak. Tapi bukan itu yang sahaja, gambar Dhea menembak dan Tengku Elman di sisinya. Nampak rapat walaupun tidak bersentuhan.

"Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku Elman." Namun tidak lama kemudian dia mencapai kembali telefon itu.

Dia membelek gambar-gambar lain yang Emir hantar padanya sebelum ini. Sengaja dia menyuruh Emir menangkap gambar Dhea. Untuk melepaskan rindu. Tak puas tatap wajah itu.

Baginya Dhea Haneesa tak pernah tak cantik. Tambah-tambah kalau senyum. Boleh cair hatinya.

Tidak lama kemudian, Tengku Elhan menekan story yang dimuat naik oleh Tengku Elman.

Matanya dikecilkan membaca caption di gambar puding karamel itu.

Nothing can beat something made with love. Yummy!

Tak habis-habis Tengku Elman menyakitkan hatinya. Akal mula berfikir patut ke dia runtuhkan tembok yang dibina? Tapi adakah dia akan menambah luka bila dia mendekati gadis itu?

Tengku Elhan menggeleng kepalanya seraya bangun. Selepas mandi dia menyarungkan T-Shirt polo putih ke tubuhnya. Dia mahu berjumpa Emir.

Tengku Elhan menghela nafas panjang bila mendengar tawa dari ruang tamu. Ternyata Dhea masih belum pulang dan mereka sedang berbual mesra di bawah.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now