PART 28

4.1K 255 21
                                    





TENGKU Aishah menepuk lembut bahu anaknya. Apa yang diceritakan oleh Tengku Elhan tadi benar-benar membuatnya terkejut, terkedu dan tergamam. Dia tak menyangka Dhea menghilangkan diri selama ini adalah kerana anaknya.

"Bonda.. mungkin Dhea betul-betul dah tak boleh terima Han kan bonda?" Soal Tengku Elhan dengan lirih. Dia seakan-akan anak kecil di hadapan bondanya.

Tengku Elena memandang ke arah lain. Dia cuba menahan air matanya. Sebak pula bila melihat abangnya yang begitu lemah kerana cinta.

Tengku Aishah mengusap pipi anaknya. Dia juga tidak berani memberi harapan pada Tengku Elhan.

Bukanlah semuanya salah Tengku Elhan tapi apa yang terjadi semua berpunca dari Tengku Elhan. Kalaulah Tengku Elhan tidak mengikutkan rasa marah dan dendamnya, mungkin mereka sudah hidup bahagia.

"Han doalah banyak-banyak. Mintak Allah bagi kemudahan pada Han, lembutkan hati Dhea dan juga keluarganya. Bonda cuma mampu doakan yang terbaik untuk anak bonda.."

Tengku Elhan senyum kelat. Ya, dia cuma mampu berdoa dan berserah. Mendekati Dhea? Mungkin tidak. Dia tak mahu gadis itu tersakiti kerana dia lagi. Lebih-lebih lagi Carl sudah memberi amaran padanya.

Takut?

Tidak, dia cuma tidak mahu keruhkan keadaan. Bukan dia tak cuba meminta ruang untuk jelaskan keadaan sebenar, tetapi Dhea langsung tidak memberinya peluang. Dhea Haneesa betul-betul sudah bencikan dirinya.

Mungkin sudah tiba masanya untuk Tengku Elhan mengalah. Mungkin juga Dhea Haneesa akan lebih bahagia tanpanya.


🥀🥀🥀

"HAN mintak maaf papa. Sebab Han, bisnes papa terpaksa tanggung akibatnya." Tengku Elhan menunduk di hadapan Tengku Fahri.

Bila mendengar tentang Tan Sri Edric membatalkan semua perjanjian antara JM Gallery dan TF Holdings, Tengku Elhan terus memecut ke hotel Tengku Fahri.

Hotel milik Tengku Fahri adalah antara hotel yang digunakan oleh JM Gallery jika mereka mempunyai acara atau pameran antarabangsa. Rata-rata client VVIP mereka akan menginap di hotel milik Tengku Fahri.

Yang paling terkesan ialah tempahan bilik di hotel Tengku Fahri juga sudah dibatalkan walapun pameran antarabangsa yang dianjurkan oleh JM Gallery akan berlansung pada minggu hadapan. Bukan sikit tempahan bilik sudah dibuat, hampir separuh hotel!

Tengku Fahri melihat wajah anaknya yang kelihatan sugul. Dia sebenarnya memang marah bila tiba-tiba tempahan mereka dibatalkan di saat-saat namun bila melihat Tengku Elhan muncul hadapannya, dia merasa hairan.

"Han.. papa tak tahu apa masalah Han. Tapi I think this is not right Han. Kenapa bisnes papa terlibat sekali?" Soal Tengku Fahri.

"Han buat something yang Tan Sri marah.. and Han tak fikir sampai macam ni sekali kesannya.." Tengku Elhan menghela nafas berat.

"Benda dah jadi.." Tengku Fahri menyandar ke kerusi seraya melipat tangan ke dada. Dia memandang Tengku Elhan.

"..bukan papa tak kisah, papa kisah. Tapi papa lagi kisah bila tengok muka anak lelaki papa macam ni. What's wrong? Sebab anak dia? Camellia?" Tebak Tengku Fahri.

Tengku Fahri juga mengetahui rancangan Tengku Aishah untuk menyatukan Tengku Elhan dan Camellia.

Tengku Elhan mengangguk.

"You love her?"

"Very much pa.." Tanpa berfikir panjang Tengku Elhan menjawab.

Tengku Fahri senyum. Rupa-rupanya anak dia seperti ini disebabkan oleh cinta.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now