PART 35

4.8K 341 40
                                    






SUDAH dua minggu Tengku Elhan ke London. Camellia pula cuba menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia masih lagi cuba untuk menghubungi Tengku Elhan tetapi tidak berjaya.

Entah-entah Han block aku? Sampai hati Han.

Camellia mengeluh. Ini ke apa yang Tengku Elhan rasakan bila dia menghilangkan diri dulu?

Semalam dia ada menelefon Madam Rose. Neneknya itu juga masih lagi memberi kata-kata semangat yang sama padanya.

Lupakan apa yang dah berlalu. Cuba untuk redha dengan segalanya. Luahkan segala perasaan yang terpendam. Buat apa yang Mel suka dan maafkan orang sekeliling.

"Mel rindu grandma. Nanti settle event Mel jumpa grandma. Nak peluk grandma." Gumam Camellia sambil melihat gambar Madam Rose. Dia suka bau Madam Rose, sama dengan bau arwah mummynya. Puan Jasmine.

Sesi terapi yang dijalaninya juga semakin hari semakin membantu Camellia. Selama ini bukanlah sesi terapi itu tidak menjadi tetapi Camellia masih berdegil mahu berpegang pada memori lamanya. Memori sakitnya walaupun dia boleh memilih untuk mengenang memori bahagianya.

Sekarang dia mahu melegakan hatinya. Dia mahu melepaskan beban di hatinya. Dia juga cuba untuk mendalami ilmu agama. Kadang-kadang dia mengaji bersama Puan Sri Huda. Dia suka buat perkara yang dirinya tenang.

Puas melayan perasaan, Camellia meletakkan telefon dia ke sisi. Hari ini dia mahu ke kubur ahli keluarganya dan selepas itu dia mahu ke rumah sewa lamanya.

Bila Emir memberitahu Tengku Elhanlah yang membayar sewa rumahnya selama ini, dia rasa terharu dan dalam masa yang sama dia rasa bersalah. Bersalah bila dia fikir yang bukan-bukan pada lelaki itu

Tiba di rumah itu, Camellia melihat sekeliling. Dia juga melihat ke luar rumah. Emir bagitahu Tengku Elhan akan duduk di hadapan pagar rumahnya dan merenung rumah ini jika dia kusut. Tengku Elhan juga menunggu jika Dhea akan pulang ke sini.

"Dhea dah balik Han.. tapi Han tak ada.." keluh Camellia. Dia senyum tipis sebelum dia menarik nafas panjang.

Camellia membuka pintu rumah itu. Nafas dihela seketika sebelum dia membuka semua tingkap rumahnya. Hari ini dia mahu membersihkan rumah sewa itu.

Camellia menyanggul rambutnya sebelum dia mengambil bulu ayam untuk menyapu habuk-habuk di tempat tinggi. Selepas itu dia menggunakan vakum untuk membuang segala habuk dan akhirnya dia mengemop lantai sehingga bersih berkilat.

Puas dengan hasil kerjanya, Camellia masuk ke dalam bilik belajarnya. Bilik tidur ini memang sengaja di ubah menjadi bilik belajarnya. Dia suka jika ada satu sudut khas untuk dirinya.

Dahulu di rumah agamnya, arwah Tuan Adnan membina mini perpustakaan di rumah mereka.

Anak-anak Tuan Adnan dan Puan Jasmine harus menghabiskan paling kurang satu muka surat sehari tak kisah bahan bacaan apa di dalam mini perpustakaan di rumah mereka.

Camellia masih ingat kata-kata arwah daddy, kaya seperti apa pun kita, ilmu tetap kena cari. Ilmu itu lebih baik dari harta yang bertimbun dan ilmu juga tidak akan pernah merugikan manusia.

Camellia mengambil nota-notanya. Dia senyum bila melihat notanya masih cantik dan kemas. Semasa dia mengemas tadi pun dia tidak mengambil masa yang lama. Dia tahu Zahra selalu datang ke sini mengemas rumah ini.

Ahh.. Zahra.

Bukan dia tak rindu kawannya itu, rindu sangat.

Tetapi ketika dia bertemu dengan Zahra tempoh hari dia masih ego dan dalam masa yang sama dia terkejut. Dia masih tidak bersedia untuk bertemu Zahra ketika itu.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now