Ramadhan & Raya Special ✨

3.1K 231 20
                                    





"YA ALLAH, Dhea Haneesa Camellia! Lily Hannah! Kamu berdua buat apa ni?" Suara Puan Sri Huda sudah meninggi apabila melihat kedua-dua anak perempuannya elok sahaja bersila atas lantai dan sedang menikmati mi segera itu.

"Err umi.." Lily sudah tersengih-sengih. Dhea pula hanya mengemam bibir. Macam mana boleh kantoi ni padahal mereka sudah pastikan yang semua orang sudah tidur.

Puan Sri Huda memang jarang turun ke dapur tengah-tengah malam. Kenapa malam ni pula dia nak turun?

"Bangun kamu berdua." Arah Puan Sri Huda.

Laju sahaja Lily dan Dhea bangun namun masing-masing menunduk tidak mahu menatap wajah garang Puan Sri Huda.

"Bagitahu umi siapa punya idea makan mi segera malam-malam macam ni? Bukan umi cakap tak boleh makan ke? Dhea? Lily?" Matanya mencerlung tajam ke arah Dhea dan Lily.

"Err umi.. sebenarnya Dhea-" belum sempat Dhea menjawab matanya terpandang Tengku Elhan di belakang suaminya yang baru turun dengan anak mereka.

"Kenapa ni umi?" Soal Tengku Elhan apabila melihat Puan Sri Huda sudah mencekak pinggang itu.

"Bie.." Dhea sudah mencebik dan berlari ke arah Tengku Elhan. Dia merangkul lengan Tengku Elhan dengan harapan suaminya akan melindunginya.

"Han.. kamu tengok tu." Puan Sri Huda menunjuk ke arah periuk elektrik di atas lantai.

Berkerut dahi Tengku Elhan melihat benda itu lalu dia memandang Dhea. Mulut isterinya itu sudah comot dengan kuah mi segera itu.

"Isteri kamu tu.. dengan Lily tu ha. Umi tangkap mereka makan mi segera dua orang. Dalam gelap pula tu."

"Mana ada gelap.. buka lampulah umi." Jawab Lily perlahan.

"Menjawab kamu ya. Ni kamu berdua tak jawab lagi umi tanya. Siapa punya idea nak makan mi segera tu?"

"Dh-Dhea umi." Selepas menjawab Dhea terus menyorok belakang suaminya.

Tengku Elhan sudah menggeleng kepalanya. Dia terkejut tadi bila melihat Dhea tiada di sisi. Kebetulan Faiq terjaga jadi dia terus bawa anaknya turun mencari Dhea.

"Kenapa kamu tak nak dengar cakap umi Dhea? Kamu kan masih-"

"Lily umi! Lily yang nak makan. Lily yang mengidam." Laju sahaja Lily memotong kerana tak sanggup Dhea seorang yang kena marah.

Puan Sri Huda menghela nafas panjang. Yang ini lagi seorang. Tak padan dengan mengandung.

"Lily kamu tahu kan umi tak suka kamu makan benda-benda mengarut macam tu."

"Lily makan sikit je umi.. kan Kak Dhea kan?" Sekali lagi Lily cuba membela dirinya.

Dhea mengangguk. Mereka buat sebungkus saja tadi. Itu pun makan tak sampai separuh dah kena sergah. Macam buat kesalahan besar pula.

"Kenapa ni?" Kini suara Emir pula muncul dari belakang.

"Abang.." Lily yang melihat suaminya terus berlari anak ke arah Emir.

"Lily!" Sekali lagi suara Puan Sri Huda memetir. Kus semangat tengok budak bertuah ni berlari.

Terus Faiq menangis kerana terkejut dengan suara Puan Sri Huda itu.

Habis dapur itu gamat dengan suara tangisan Faiq. Puan Sri Huda menarik nafas dalam. Boleh naik darah tinggi dia.

"Emir. Han. Kamu nasihatlah isteri kamu tu. Umi tegur tak nak dengar. Dahlah. Umi nak tidur. Kemas barang-barang tu semua." Terus Puan Sri Huda keluar dari dapur.

Masing-masing diam tidak berkutik melihat Puan Sri Huda sudah pergi itu.

Emir dan Tengku Elhan memandang isteri masing-masing.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now