PART 41

5.3K 359 57
                                    





SIAPA cakap kita tak ada apa-apa?" Tengku Elhan berdiri di hadapan Dhea. Dia menundukkan sedikit pandangan melihat Dhea yang lebih rendah darinya.

Dhea pula terkebil-kebil bila melihat wajah Tengku Elhan memenuhi ruang pandangannya.

"Han tak pernah putuskan hubungan kita. Sikit pun Han tak pernah terdetik nak main-mainkan Dhea. Dhea yang tinggalkan Han."

"Ap-apa awak mengarut ni?" Terkejut Dhea dengan tuduhan dari Tengku Elhan itu. Lupakah lelaki itu akan apa yang berlaku lima tahun lepas?

"Pernah Dhea dengar dari mulut Han yang Han nak putuskan hubungan kita dulu? Hmm? Tak ada kan?" Soal Tengku Elhan sambil menatap mata hazel milik Dhea itu.

"Tak payah merepek Tengku Elhan." Dhea cuba melarikan pandangannya. Dia baru mahu melangkah namun kata-kata Tengku Elhan buat dia terkaku.

"Dhea yang buat keputusan sendiri. Dhea yang menjauh dari Han. Han cari Dhea merata-rata tempat." Perlahan-lahan Tengku Elhan mendekati Dhea.

"Han tahu Han tak kejar Dhea masa tu.. Han terkejut dan keliru. Lepas Han sedar, macam-macam cara Han buat untuk cari Dhea.. lima tahun Dhea.. lima tahun Han tak pernah putus asa cari Dhea."

"..Bila Han jumpa Dhea, Han minta peluang untuk jelaskan pada Dhea tapi Dhea mengelak. Dhea tak pernah bagi Han peluang.. sampailah Han dapat tahu Dhea sakit.." Tengku Elhan berhenti sebentar. Dia telan air liur yang dirasakan kesat. Entah kenapa dadanya rasa seperti sebak. Dia kena juga luahkan semuanya hari ini.

"..yang Dhea sakit sebab Han.. Han tak tahu Dhea. Sungguh Han tak tahu Dhea sakit.." Tengku Elhan menggelengkan kepalanya.

"Lepas Han tahu Dhea sakit.. Han rasa bersalah. Han jadi takut nak jumpa Dhea.. Han takut Han cuma akan tambah luka Dhea. Sebab tu Han pergi.. Han tak nak Dhea sakit dah. Han cuma nak Dhea happy.. Han nak Dhea senyum.."

Walaupun Han yang sakit. Namun ayat itu tak mampu Tengku Elhan luahkan. Sepanjang tiga bulan di London dia terpaksa menyibukkan dirinya supaya dia tidak terlalu memikirkan gadis ini. Tengku Elhan memandang ke atas bila merasakan matanya mula panas.

"Bukan senang Han buat keputusan ni. Tapi Han kena juga jauhkan diri daripada Dhea.. sebab Han tahu Dhea tak suka jumpa Han.. Dhea sakit bila jumpa Han.. Han tak pernah bayangkan yang Han adalah racun untuk orang yang Han sayang.."

Racun? Dhea memandang mata Tengku Elhan yang sudah berkaca itu. Dia dapat rasakan ketulusan dalam setiap kata-kata lelaki ini.

"..tapi Han nak Dhea tahu, tak pernah sehari pun Han lalui hidup Han tanpa fikirkan Dhea. Walaupun kita berjauhan, Han tak pernah buang Dhea dari fikiran Han.. dari hati Han. Because you're my everything."

Dhea sudah mengetap bibirnya. Matanya juga mula berkaca. Dia tak sangka akan mendengar luahan hati Tengku Elhan hari ini.

Ya, selama ini dia yang mengelak. Dia yang cuba bencikan lelaki ini. Dia yang melarikan diri dari lelaki ini. Dia mahu letakkan semua kesalahan pada Tengku Elhan.

Tapi semua tu sudah hilang selepas dia tahu hal yang sebenarnya. Cuma dia terlambat. Tengku Elhan sudah menjauhkan dirinya sewaktu itu.

"Can we get back together? I really miss you. I miss us honey." Suara Tengku Elhan kedengaran bergetar. Mungkin ini sahaja peluang terakhir untuknya.

"Tapi kenapa bila Dhea cari Han, Han tak layan Dhea? Kenapa Han block nombor Dhea? Han tahu tak Dhea sedih bila Han tinggal Dhea macam tu je? Hari-hari Dhea cuba call Han.. mesej Han tapi satu pun tak berbalas.." Dhea pula meluahkan rasa sedihnya dengan kelakuan Tengku Elhan. Dia ingatkan Tengku Elhan sudah mengalah.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now