PART 30

5K 296 49
                                    





SELEPAS mendapat maklumat tentang lokasi Dhea daripada pasukan elite EL Force, terus Tengku Elhan menuju ke tempat tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka mendapat tahu Fikri tinggal di rumah sewa dan dia juga mempunyai rumah peninggalan ibu bapanya.

Tanpa berfikir panjang, Tengku Elhan menuju ke rumah peninggalan ibu bapa Fikri. Dia cuma mengikut kata hatinya.

Dia juga mengarahkan sepasukan lagi anak buahnya ke rumah sewa Fikri sebagai langkah berjaga-jaga. Sungguh dia tidak menyangka lelaki yang pernah tumpahkan air padanya dahulu berani mencari pasal.

"Emir, aku bagi live location aku. Kau follow aku nanti." Arah Tengku Elhan.

"Baik Tengku."

Selesai bercakap telefon, terus Tengku Elhan memecut laju ke rumah Fikri. Dia berharap agar Dhea tidak diapa-apakan. Dia juga baru mengetahui bahawa Fikri selama ini ada menghantar kiriman bunga kepada Dhea.

"Kau akan terima akibatnya. You've messed with wrong person kid." Gumam Tengku Elhan.


🥀🥀🥀


"FIKRI. Tak perlu buat macam ni. Kita boleh bincang cara baik." Camellia masih cuba memujuk Fikri. Jika keluarganya tahu, nasib Fikri akan lebih buruk.

"Bincang? Saya tak nak bincang Cik Mel. Saya cuma mahu Cik Mel dekat dengan saya. Saya tahu.. selama ni Cik Mel tertekan kan? Jangan risau.. saya boleh jaga Cik Mel. Saya tak akan sakitkan hati Cik Mel."

Fikri mengetahui tentang hubungan Camellia dan Tengku Elhan. Dia sudah mendengar perbualan mereka berdua semasa dia mengekori Camellia. Berdasarkan perbualan itu dia mendapat tahu Tengku Elhan pernah sakitkan hati Camellia.

"Kenapa saya?" Soal Camellia. Setahunya dia tidak pernah bagi harapan pada lelaki muda ini.

Fikri melangkah lebih dekat pada Camellia. Dia juga tak sedar bila dia jatuh cinta pada gadis ini.

Setiap hari dia akan menunggu Camellia datang ke cafe. Bila Camellia sudah jarang ke cafe, dia membuat keputusan untuk mencari gadis ini dengan erti kata lain mengekori gadis ini.

"Kenapa Cik Mel?" Fikri senyum sebelum dia duduk mencangkung di hadapan Camellia. Dia mendongak melihat gadis cantik itu. Dia gembira bila Camellia dekat dengannya.

"Cik Mel tahu tak.. sepanjang hidup saya tak pernah ada orang baik dengan saya. Bagi saya kata-kata semangat.. selama ni, semua orang suka salahkan saya walaupun saya tak tahu apa salah saya. Mak ayah saya meninggal pun orang salahkan saya.. tapi Cik Mel tak.. Cik Mel lain.. Cik Mel layan saya dengan baik."

Bila Camellia memberikan kata-kata semangat padanya, dia rasa teruja. Dia tidak menyangka ada lagi orang yang baik di dunia ini.

"Saya layan awak dengan baik sebab awak baik Fikri. Tapi itu tak bermakna saya ada perasaan pada awak. Tolonglah Fikri. Saya tahu awak tak berniat jahat. Mungkin hari ini awak tersilap langkah. Awak lepaskan saya.. saya janji saya tak salahkan awak." Pujuk Camellia.

Camellia sudah tidak mampu berfikir dengan baik sekarang. Tangan yang mula menggigil dikepal erat di belakang walaupun dia berlagak tenang.

Fikri cuma senyum mendengarkan itu. Dia berdiri dan mengusap kepala Camellia sebelum dia keluar dari bilik itu.

Camellia memalingkan wajahnya bila tangan Fikri menyentuh kepalanya. Dia menggigit bibir.
Dia cuma melihat Fikri keluar dengan ekor matanya.

Bila Fikri menutup pintu, Camellia cuba untuk membuka ikatan tali di belakangnya.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now