PART 18

4.2K 274 54
                                    





TENGKU Elhan pulang ke rumah agak lewat malam itu. Ke mana lagi kalau tak melencong ke rumah Dhea Haneesa dahulu. Macam biasa dia habiskan masa setengah jam sebelum dia bergerak pulang.

Walaupun rumah itu gelap dan kosong, dia tetap ke sana jika dia teringatkan Dhea. Itu sahaja caranya untuk melepaskan rindu pada gadis itu.

"Han.. papa nak cakap sesuatu dengan Han." Tegur Tengku Fahri apabila melihat Tengku Elhan masuk ke dalam rumah.

Tengku Elhan mengambil tempat di hadapan Tengku Fahri. Melihat riak wajah papanya, mesti ada sesuatu yang penting.

"Macam mana JM Gallery boleh open tender?"

"Contract dah tamat pa. So, CEO baru open tender." Jawab Tengku Elhan. Walaupun itu syarikatnya sendiri namun Tengku Fahri juga merupakan penasihat dia.

"Dia tak puas hati dengan service Han ke?" Soal Tengku Fahri lagi.

Tengku Elhan mengangkat bahu. Bukan tidak berpuas hati, mungkin untuk membalas dendam. Tapi itu sekadar tekaan Tengku Elhan. Selagi dia tak dapat bongkarkan siapa Camellia, dia cuma akan mengikut rentak permainan gadis itu.

"Papa jangan risau.. kami tak bermusuh pun. Mungkin CEO baru nak tukar angin."

"Hmm.. papa kenal Tan Sri Edric. Dia takkan senang-senang nak percaya orang lain. Cuma CEO baru ni, papa tak kenal dia."

Nanti papa akan kenal jugak dia. Sikit lagi pa. Bisik hati Tengku Elhan.

Tengku Fahri mengangguk. Dia percayakan anaknya.

Tengku Elhan melihat adiknya Tengku Elena yang baru turun dari tangga sambil memeluk sesuatu di badannya. Siap menyanyi-nyanyi.

"Hai abang Han." Sapa Tengku Elena pada abang keduanya dengan ceria.

"Happy nampak?"

Tengku Elena sengih lalu dia menunjukkan balang biskut di tangannya. Dia melayang-layangkan di depan Tengku Elhan.

"Mana dapat?" Soal Tengku Elhan selepas dapat mengenalpasti benda itu.

"Bonda bagi. Bonda cakap ni baby punya. Tak boleh bagi abang Han." Tengku Elena menjelir lidah pada Tengku Elhan.

Tengku Elhan mengerutkan dahi sebelum dia bangun berdiri. Dia baru mahu mendapatkan Tengku Elena sebelum bondanya baru muncul dari dapur.

"Ha Han. Baru balik? Dah lewat macam ni baru balik? Belajarlah balik awal Han. Jangan nak merayap je lepas balik kerja tu. Itulah suruh cari isteri tak nak. Lepas tu mulalah tak nak balik rumah. Kalau ada isteri kan mes-"

"Bonda.." meleret suara Tengku Elhan memanggil. Sebelum bebelan itu semakin panjang, dia harus hentikan.

"Hmm cakap sikit tak nak dengar. Itulah abang. Anak lelaki awak tu. Umur dah lanjut pun tak nak cari isteri lagi. Tak tahulah apa nak jadi."

"Aik.. papa pulak kena?" Tengku Fahri menggelengkan kepalanya memandang Tengku Elhan.

Apa boleh buat? Kedua-dua anak lelakinya langsung tidak mengikut jejak langkahnya yang berkahwin awal. Masing-masing payah nak dekat dengan perempuan, bukan perempuan tak nak dekat dengan mereka. Berderet yang nak masuk line tapi itulah, dah anak-anak lelakinya tak mahu.

"Sorry pa.." Tengku Elhan menggaru kepalanya bila bonda mula membebel pada papanya.

Terus Tengku Fahri bangun dan masuk ke dalam bilik kerjanya. Rutin harian Tengku Fahri, suka menghabiskan masa dengan kerja-kerjanya.

Tengku Elhan terus merapati adiknya. Dia menarik benda yang dikepit di ketiak adiknya.

"Abang Han! Baby punyalah!" Jerit Tengku Elena geram. Suka hati dia main rampas-rampas.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now