EMIR x LILY - PART 7

3.3K 228 15
                                    





SEHARIAN majlis Emir dan Lily hari ini. Pagi majlis akad nikah dan tengahari diteruskan dengan majlis resepsi.

Emir masih memandang Lily yang sudah mengadap cermin besar hotel itu. Nampak tangan Lily mula menyentuh bahagian atas kepalanya. Ingin membuka tudung lagaknya.

"Kalau Lily tak buat macam tu.. lambat lagi awak nak masuk meminang. Kan?" Soal Lily sambil melihat suaminya yang elok menyandar di kepala katil dari dalam cermin.

Emir mengerutkan dahi. Dia memandang Lily yang sedang membuka jarum peniti tudungnya di hadapan cermin. Akhirnya dia bangun mendekati Lily.

"So, Lily sengaja nak buat abang cemburu?" Emir berbisik di tepi telinga Lily.

Lily terus tergeliat kecil bila terasa geli di bahagian telinga. Main bisik-bisik pula. Dia menelan air liur bila Emir berada rapat di belakangnya dan kejap, Emir bahasakan dirinya abang? Lily terkaku.

"Hmm? Abang tanya ni.. Lily nak buat abang cemburu? Sebab tu sengaja tak bagitahu Naufal dah beristeri?" Soal Emir lagi.

"A-apa awak cakap? A-abang?"

"Tak sampai sehari jadi isteri abang dah gagap? Hmm my flower?" Jika diikutkan dia mahu menyambung rajuknya, tapi sekarang dia rasa ingin mengusik isteri pula.

Lily berdehem untuk mengurangkan rasa gugupnya. Dia menapak selangkah kebelakang.

Macam bahaya je?

"Bukan rancangan Lily. Kak Dhea yang pesan supaya tak bagitahu siapa Naufal sebenarnya.." jelas Lily dengan jujur.

Memang Dhea yang rancang supaya buat Emir cemburu. Kata Dhea, jika Emir betul-betul sukakannya pasti Emir akan bertindak. Bila melihat Dhea begitu yakin dengan kata-katanya, Lily cuma akur walaupun dia sudah tidak berharap ketika itu.

"Congratulation my flower. Lily betul-betul buat abang cemburu." Kata Emir seraya merapatkan lagi dirinya pada Lily.

"A-awak jangan dekat." Tangan Lily sudah naik menahan dada Emir.

"Kenapa pula?" Emir menjungkit kening. Dia menahan tawa bila melihat bibir Lily sudah terketar-ketar. Takut betul.

"Lily nak buka tudung ni. Jangan kacau." Lily cuma keraskan suaranya walaupun dia boleh rasa seperti mahu pitam saat ini kerana jantungnya langsung tidak memberi kerjasama.

"Sini abang tolong.." Tangan Emir baru mahu menyentuh kepala Lily namun terkaku bila Lily menolak.

"Ja-jangan."

"Lily Hannah.." panggil Emir lembut.

"Lily tak tahu tapi Lily tak boleh bernafas dengan baik ni. Jantung Lily berdegup kencang." Ujar Lily.

Betul dia merasakan seperti bila-bila masa sahaja jantungnya boleh terkeluar dari tempatnya. Terpaksalah dia memberitahu pada suaminya. Buatnya dia betul-betul pengsan?

Emir ketawa kecil. Tidak hiraukan kata-kata isterinya, Emir menarik tangan Lily lalu diletakkan ke dadanya.

"Rasa tak?"

Dahi Lily berkerut bila tapak tangannya menyentuh dada Emir. Lily mengangguk.

Gila! Jantung Emir juga berdegup kencang. Terus Lily mendongak memandang suaminya.

"Abang pun berdebar sekarang sayang.. tapi takkanlah abang nak tengok je Lily dari jauh. Baik tak payah kahwin macam tu." Ujar Emir dengan senyuman.

Lily mendiamkan diri. Dia cuba bernafas dengan baik.

"Abang tolong okey. Sini." Emir menarik bahu isterinya dan menyuruh Lily duduk di kerusi.

Perlahan-lahan tangan Emir membantu isterinya membuka tudung. Banyak betul jarum peniti.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now