PART 26

4K 252 36
                                    




"ASSALAMUALAIKUM."

Serentak mereka yang berada di situ berpaling pada suara yang memberi salam.

Tengku Elhan bersama pembantunya Emir.

"Waalaikumussalam.." segera Irfan menyambut kedatangan kawannya itu.

"Dah mula ke?" Soal Tengku Elhan.

"Belum.. jom.." Irfan tepuk bahu Tengku Elhan untuk mengikutnya.

"Lama tak nampak Tengku.." ujar Ashraff. Dia kenal kawan baik Irfan ini.

"Tak payah nak Tengku sangatlah.. kau tu je yang sombong.." Tengku Elhan menyambut tangan Ashraff. Dia sudah beberapa kali berurusan dengan lelaki ini.

Selepas itu dia hulurkan tangan pada Carl namun Carl cuma melihat kosong pada huluran itu sebelum Ashraff menyikunya. Carl sambut juga tangan itu.

Tengku Elhan merasa agak pelik dengan renungan Carl itu namun dia tak endahkan kerana memang lelaki itu tak pernah sukakannya semenjak dia cuba rapat dengan Dhea.

Mereka masuk ke dalam rumah untuk bacaan doa selamat. Tengku Elhan agak terkejut bila dia melihat Dhea turut berada di situ.

"Tengku.. sabar.. jangan nampak sangat pandang anak dara orang tu." Tegur Emir. Bukan apa renungan Tengku Elhan itu seperti mahu menerkam Dhea.

"Sibuklah kau." Dengus Tengku Elhan sebelum dia menoleh ke arah lain.

Camellia juga perasan dengan kedatangan lelaki itu. Ada rasa menyesal mengikut alongnya malam ini. Tak sangka Tengku Elhan juga ada dalam ni.

Selesai bacaan doa selamat, para tetamu semua dijemput untuk menjamu selera.

"Along.. Mel nak ke tandas kejap. Tolong pegang beg Mel.. Lily tak tahulah hilang ke mana." Camellia hulurkan handbag pada Carl.

"Okay Mel.." Carl mengambil handbag milik adiknya itu. Dia juga melihat sekeliling mencari Lily. Lily tu jenis yang boleh hidup di mana-mana sahaja.

Camellia terus mencari tandas sebelum rasa bahunya dicuit. Dia menoleh ke belakang.

"Cari tandas ya?"

"Aah ya.." Camellia melihat wanita mengandung yang menegurnya itu.

"Cik masuk ikut situ. Belah kanan ya.."

"Terima kasih.." Camellia mengangguk sebelum dia menuju ke tandas.

"Sayang.." Hawa berpaling pada suaminya. Dia senyum melihat suaminya.

"Cakap dengan siapa tu?" Soal Irfan. Dia mengelus bahu isterinya.

"Entah.. tetamu along kot.. kenapa abang tak ke depan?"

"Cari sayanglah. Nak makan tak? Jom abang teman." Irfan mengusap perut isterinya yang sudah lapan bulan itu.

"Takpelah.. abang pergi dulu. Nanti Hawa makan." Tolak Hawa. Dia mahu makan lepas semua tetamu pulang, lagi seronok. Lagipun dia sudah berjanji dengan Dahlia mahu makan sama-sama.

"Sure?" Irfan menjungkit keningnya bila isterinya menolak untuk makan. Biasa pantang nampak makanan.

"Sure husbaby.." Hawa menggosok lengan suaminya.

Irfan mengangguk lalu dia mengusap pipi tembam isterinya. Comel betul Hawanis ni.


🥀🥀🥀


EMIR memegang pengepit untuk mengambil kuih di hadapannya. Baru mahu mengepit tiba-tiba ada pengepit lain berlawan dengan pengepitnya. Dia memandang ke sebelah.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now