PART 31

4K 259 21
                                    





CAMELLIA membuka mata namun dia menutup kembali matanya bila merasakan cahaya terang menyakitkan matanya.

Puan Sri Huda terus berdiri bila melihat Camellia sudah sedar. Dia tidak tidur kerana ingin menunggu Camellia sedar walaupun sudah sekarang sudah hampir pukul dua belas malam.

Sejak petang tadi hatinya resah bila mendapat khabar berita yang Camellia hilang. Tidak lama selepas itu dia mendapat tahu Camellia dikejarkan ke hospital.

"Mel.. ni umi ni. Mel boleh dengar tak?"

"Umi?" Camellia kembali membuka matanya bila terdengar suara Puan Sri Huda. Dia memandang ke sisi. Puan Sri Huda dan Carl sedang memandangnya.

"Ya sayang.. Mel ada rasa sakit ke?" Tangan Puan Sri Huda mengusap kepala Camellia.

Kata doktor Camellia tidak mengalami kecederaan serius, cuma pergelangan tangannya lebam akibat diikat dan dia pengsan mungkin kerana terkejut.

Camellia mengerutkan dahinya bila tiba-tiba bayangan Tengku Elhan muncul. Lelaki itu sedang terbaring lemah. Ada bunyi ambulans sayup-sayup kedengaran.

Camellia menggeleng kepalanya bila dia tidak ingat apa yang berlaku selepas itu.

"Mel.. okay tak ni?" Suara Carl pula memanggil Camellia bila melihat dahi adiknya berkerut. Carl segera menekan butang di sisi katil Camellia.

"Mel kenapa ni?" Soal Puan Sri Huda bila nampak riak Camellia seolah-olah menahan sakit.

"Umi.. kenapa- arghh!" Camellia memegang kepalanya. Rasa sakit mencucuk-cucuk. Dia cuba untuk ingat kembali apa yang berlaku namun tidak boleh. Cuma bayangan Tengku Elhan yang terbaring dan bunyi ambulans yang silih berganti di layar mindanya.

"Mel.. Mel kenapa ni? Mel? Along! Panggil doktor along. Panggil cepat!" Arah Puan Sri Huda pada Carl.

Carl mengangguk dan keluar namun dia masuk kembali bila ada doktor dan jururawat sudah muncul.

Puan Sri Huda memberi laluan untuk doktor itu melakukan pemeriksaan pada Camellia.

Carl memeluk bahu Puan Sri Huda yang sudah mengalirkan air mata itu. Kasihan uminya, sejak tiba dari hospital sehingga kini wajahnya sugul.

"Cik Camellia tak apa-apa." Ujar doktor itu pada Puan Sri Huda dan Carl.

"Macam mana boleh tak apa-apa kalau dia mengadu sakit macam tu?" Soal Carl tidak berpuas hati. Dia sudah menelefon Doktor Mikhael namun Doktor Mikhael baru dalam perjalanan pulang dari Johor.

"Mengikut pemeriksaan kami, mungkin pesakit mengalami trauma. Pesakit teringat atau mengalami flashback tentang sesuatu. Mungkin peristiwa yang menyakitkan pesakit. Jika keadaan berterusan kita akan refer kepada pakar." Ujar doktor muda itu.

"Tolong panggil pakar. Secepat mungkin.. saya tak boleh dengar anak saya mengadu sakit macam tu." Puan Sri Huda menggeleng kepalanya. Dia tak sanggup melihat keadaan Camellia sekarang. Ia mengingatkan Camellia suatu masa dahulu.

"Kita akan cuba yang terbaik. Nanti pakar akan datang periksa sekali lagi ya Puan Sri."

Puan Sri Huda mengangguk. Dia memandang ke arah Carl.

"Macam mana ni along? Umi takut.."

"Don't worry umi. Along yakin Mel lebih kuat dari dulu." Carl memeluk bahu Puan Sri Huda. Carl juga tidak menyangka Camellia akan melalui pengalaman pahit ini. Dia tak akan lepaskan pelaku itu. Carl mengepal penumbuknya.

Puan Sri Huda mengusap kepala Camellia yang sudah kembali lena itu.


🥀🥀🥀



BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now