PART 15

5K 260 30
                                    






CAMELLIA cuma menggeleng kepalanya. Dia tak mahu besarkan hal ini walaupun kehadiran Tengku Elhan tadi agak menganggunya.

"Mel nak keluar sekejap ya along." Camellia senyum nipis pada Carl lalu dia bangun.

"Hmmm. Okay Mel."

Carl cuma melihat pemergian Camellia. Dia tahu Camellia tak suka bercerita isi hatinya.

🥀🥀🥀🥀🥀

SELEPAS selesai makan di HH Cafe, Tengku Elena terus mengajak abangnya pulang. Dia tak suka tengok Lily asyik pandang pada Tengku Elhan.

"Abang Han kenapa? Baby tak suka laa abang Han flirting dengan si Lily tu.." Tengku Elena muncungkan bibirnya.

"Flirting? Nonsense laa baby." Tengku Elhan menidakkan.

Tengku Elena mengerutkan dahi lalu memusing badannya mengadap Tengku Elhan yang sedang memandu.

"Nonsense? Abang Han layan dia macam tu.. entah-entah dia ingat Abang Han syok kat dia."

"That's her problem. Abang Han anggap dia kawan je." Tengku Elhan cuma senyum sinis.

"Inilah masalah orang lelaki. Suka pentingkan diri sendiri. Sebab tu orang perempuan tak suka."

Tengku Elhan cuma diam mendengarkan kata-kata Tengku Elena. Ya dia pentingkan diri sendiri. Untuk apa? Untuk cari Dhea Haneesa.

🥀🥀🥀🥀🥀


"KENAPA ni?" Soal Camellia pada pekerja cafe yang sedang duduk di satu sudut. Pekerja itu kelihatan seperti mengelap air mata.

"Takde pape cik." Fikri cuba senyum pada adik majikannya. Walaupun Camellia bukan owner cafe tersebut, tapi semua pekerja cafe hormat padanya.

"Pasal tadi ke? Air tumpah?" Camellia perasan kejadian itu namun dia cuma diamkan sahaja. Dia tak mahu masuk campur perihal cafe.

Perlahan-lahan Fikri mengangguk dan menunduk. Dia masih terkilan dengan kejadian itu.

"Small matter je tu. Lily marah ke?"

"Cik Lily suruh saya duduk kitchen balik. Saya baru dua hari serve customer."

Camellia mengangguk. "Tapi awak masih kerja kan? Kalau dengan saya mungkin awak dah kena pecat tau.."

Fikri mengangkat wajah. Tak sangka Camellia berkata begitu. Kena pecat? Fikri menelan air liur.

"Jangan bimbanglah. Saya kenal Lily. Dia bukan saja-saja marah awak. Mungkin awak belum bersedia untuk serve customer. So, kalau awak nak duduk depan.. awak kena tunjuk yang awak boleh duduk depan.."

"..lagipun tak payah laa sedih-sedih. Bila kita layan sedih tu, kita akan jadi makin lemah.. apa yang awak perlu buat sekarang, tunjukkan bakat awak. Tunjuk yang awak deserve duduk depan. Orang lelaki tak boleh lemah.." nasihat Camellia. Mungkin kerana lelaki ini masih muda, jadi dia cepat terasa hati.

"Terima kasih Cik Mel. Saya akan buat apa yang Cik Mel cakap. Saya akan tunjuk saya boleh buat." Ujar Fikri bersungguh-sungguh.

"Ha macam tulah. So, boleh prepare bahan-bahan untuk saya?"

Fikri senyum lalu mengangguk. Dia faham apa yang Camellia mahukan. Memang dia selalu sediakan bahan-bahan yang Camellia perlukan ketika gadis itu berada di kitchen.

Kadang-kadang Camellia juga turut menyediakan air tangannya untuk dijual di cafe ini. Sekadar suka-suka sahaja.

Lagipun Carl dan Lily juga tidak melarang kerana bila letak sahaja di bahagian depan, terus semua habis disambar pelanggan. Hebat air tangan Camellia ni.


BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now