EMIR X LILY - PART 4

2.9K 241 29
                                    




"EMIR, kau pergi kafe Lily kejap." Arah Tengku Elhan pada Emir yang sedang khusyuk membaca dokumen itu.

"Kenapa Tengku?" Emir mengerutkan kening. Bukan apa, ini waktu pejabat tambahan pula dia ada banyak kerja.

"Ni honey aku nak makan crombolini. Pergi beli kejap." Arah Tengku Elhan tanpa rasa bersalah.

"Kenapa tak Grab je?"

"Pergilah. Kau ni banyak cakap betul. Pakai je kad aku." Arah Tengku Elhan lagi. Dia perasan wajah Emir seperti mahu membantah namun dia  sengaja tegangkan wajahnya.

"Kalau kerja saya lambat siap, jangan nak jadi singa." Emir mendengus sebelum dia bangun dan menuju ke lif. 

Mahu tak mahu, Tengku Elhan tetap majikannya. Lagi pula tak sampai hati bila mendengar Puan Dhea yang mengandung itu mahu makan.

Tengku Elhan berdecit. Berani dia samakan aku dengan singa? Tengku Elhan masuk ke dalam pejabatnya dimana Dhea berada.

"Macam mana? Dia pergi?"

Tengku Elhan mengangguk seraya melangkah ke kerusinya. Ini semua idea Dhea Haneesa. Dia mahu rapatkan Emir dengan Lily katanya.

Terus Dhea bangun dan duduk di atas riba Tengku Elhan. Spontan tangan Tengku Elhan melilit ke pinggang isterinya. Risau isteri berbadan dua itu jatuh.

"Bie agak-agak, menjadi tak plan honey?" Tangan Dhea naik bermain butang baju Tengku Elhan.

"Entahlah. Emir tu dia tak mahu bercinta. Tu yang payah." Tengku Elhan lepaskan keluhan. Dia boleh agak kenapa Emir tidak mahu bercinta. Pasti pasal keluarganya.

"Eleh. Mulut je cakap tak mahu bercinta.. hati? Orang lelaki macam tulah. Ego. Dahlah ego, slow pulak tu." Ujar Dhea selamba sambil melentokkan kepala ke bahu suaminya.

"Amboi honey.. cakap bie ke tu?"

"Eh bie terasa ke?" Dhea ketawa kecil. Memang dia sengaja menyindir suaminya. Teringat lagi sewaktu Tengku Elhan biarkan dia terkapai-kapai. Si Imran datang baru kelam kabut.

Kali ni kita tengok agak-agak Emir macam tu ke tak?

Tengku Elhan mencium kepala Dhea yang berbalut tudung itu. Kalau bukan kerana isterinya itu sedang mengandung, siap dia kerjakan.


🥀🥀🥀



EMIR membuka pintu kafe itu lalu menuju ke arah kaunter. Sempat dia memandang sekeliling namun tiada bayangan Lily. Entah kenapa dia kecewa.

Emir mula melihat display di kaunter. "Bagi saya crombolini ya. Satu setiap jenis."

Sedang Emir menunggu dia melihat Lily yang baru masuk ke kafe bersama lelaki yang dia nampak tempoh hari. Tanpa sedar dia mendengus.

Emir cuba berlagak tenang. Sengaja dia berpaling ke arah Lily supaya Lily melihatnya. Namun bila Lily masih lagi tidak perasan kehadirannya dan masih galak ketawa dengan lelaki itu, Emir mula berjalan ke arah Lily.

Lily pula terkedu melihat Emir di hadapannya. Baru lagi bertemu dengan Emir di Melaka, hari ini mereka bertemu lagi.

"Lily, saya nak jumpa kejap."

Sekali lagi Lily terkejut. Satu kerana Emir mahu bertemu dengannya, satu lagi Emir tidak menggunakan panggilan cik padanya dan Emir bersuara penuh dominan.

"Err saya.." Lily memandang lelaki di sebelahnya. Dia masih ada urusan dengan lelaki itu.

"Tak apa Cik Lily. Go ahead, saya masuk dalam dulu ya." Ujar lelaki itu dan sempat dia senyum pada Emir namun Emir cuma membalas dengan pandangan tajam.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now