PART 36

4.9K 367 102
                                    




SEMUA di meja itu diam apabila Dhea menyuarakan yang dia mahu membahasakan dirinya Dhea. Walaupun Dhea atau Camellia orang yang sama, dia tak boleh menipu dirinya.

Dulu dia mahu menjadi Camellia kerana dia mahu lupakan kenangan lama dan sekarang dia memilih untuk hidup dengan kenangan itu.

"Lily okay je. Dulu pun memang Lily panggil Kak Mel.. Kak Dhea kan?" Lily bersuara memecahkan kesunyian.

Dhea mengangguk. Dia berpaling pula pada Carl yang langsung tidak memandangnya.

"Along.." panggil Dhea.

"Along rasa dah kenyang. Along nak naik dulu ya." Carl terus tinggalkan meja makan itu.

Dhea tiba-tiba merasa sedih. Kenapa Carl seperti tidak suka keputusannya?

"Dhea.. jangan risau pasal along tu. Mungkin dia terkejut. Nanti dia okaylah tu." Pujuk Puan Sri Huda. Dia juga terkejut sebenarnya tetapi dia menyokong apa sahaja yang gadis itu mahukan. Dia yakin gadis itu sudah berfikir masak-masak.

"Nanti baba cakap dengan along. Dah.. makan semua." Tan Sri Edric bersuara.


🥀🥀🥀


MALAM itu Dhea nampak Carl apabila dia baru keluar dari dapur. Tanpa berlengah, Dhea mengikuti langkah Carl. Dia nampak Carl duduk atas buai di taman mini Puan Sri Huda.

Biasanya kalau Carl duduk di luar malam-malam macam ni ada benda yang dia sedang runsingkan.

"Along.." sapa Dhea lembut. Dhea juga turut melabuhkan punggung ke buai sebelah Carl.

Carl tidak menjawab. Dia cuma memandang ke langit.

"Along tak suka ke dengan keputusan Dhea ni?"

Carl mengetap giginya bila adiknya itu menggunakan panggilan Dhea. Entah kenapa dia rasa jauh bila Camellia menggunakan nama Dhea.

"Along nak tahu tak.. along dengan abang Damien sama sangat. Dua-dua protective. Dua-dua Dhea sayang.." Luah Dhea sambil merenung ke langit.

"Mel mesti rindu Damien kan?"

"Sangat.. Dhea tak pernah tak rindu diorang. Tak pernah sekali pun dalam sehari tu Dhea tak ingat diorang."

"Along tahu.. keluarga sekarang tak sama dengan keluarga sebenar."

"Tipulah kalau Dhea cakap sama. Tapi Dhea sayang semua. Cukuplah sekali Dhea hilang keluarga Dhea.. Dhea tak mahu hilang keluarga ni. Keluarga ni bagaikan kekuatan untuk Dhea terus melangkah." Luah Dhea lagi.

Carl menoleh ke arah Dhea.

"Tapi kenapa Mel nak jadi Dhea balik? Mel macam nak jarakkan diri dari kami.." Carl sudah menganggap Camellia sebagai adiknya dan salah seorang dari ahli keluarganya.

"Along.. tak pernah terlintas pun Dhea rasa macam tu. Dhea tetap anak baba dan umi. Tetap adik along. Tetap kakak Lily. Cuma Dhea penat berlawan dengan perasaan Dhea. Dhea penat berlakon kuat.. Dhea nak cari diri Dhea yang dulu."

Carl diam. Dia cuba memproses kata-kata adiknya.

"Along tahu tak.. tadi Dhea cakap dengan baba.. bila baba panggil nama Dhea.. hati Dhea rasa hangat.. jiwa Dhea macam hidup.. seperti Dhea tak perlu lari dari sesuatu.." Dhea senyum. Dia suka bila orang memanggilnya Dhea.

"Bukan sebab Elhan?" Tebak Carl. Dia tak mahu kerana turutkan hati dan perasaan Camellia mengambil keputusan ini.

"Mungkin Han juga penyebabnya tapi bagi Dhea.. ini adalah kemahuan diri Dhea sendiri. Dhea nak jadi diri Dhea yang sebenar. Bukan sahaja sebagai Dhea.. tapi sebagai Dhea Haneesa Camellia."

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now