PART 7

4.8K 202 2
                                    




SETELAH mendapat parking, Zahra keluar dari kereta dengan teruja. Dari rumah Dhea lagi bibirnya tak berhenti senyum. Suka sangat dapat keluar.

"Wahhh.. bau duit nak terbang ni.." ujar Zahra sambil mendepakan tangannya. Betullah tu. Duit nak terbang sebab dia nak main ice skating. Lepas main? Mestilah makan.

Dhea menggeleng kepalanya. Sabar jelah dengan perangai masuk air Siti Zahra tu. Dhea menghayunkan kaki masuk ke dalam mall.

Dhea mengecilkan matanya apabila seperti terpandang seseorang yang dia kenal namun sekelip mata orang itu hilang. Salah tengok kot.

"Dhea. Naik main dulu ke makan dulu?" Soalan Zahra membuatkan Dhea menggeleng kepala.

"Main dulu. Kau tu bukan boleh kira. Makan dulu, nanti lepas main lapar pulak. Makan lagi." Sindir Dhea.

Matanya memandang sekeliling. Weekdays pun ramai juga orang. Tak boleh pakai langsung kata-kata Zahra tadi.

"Heee. Kau memang tahu-tahu je kan. Okaylah kita main dulu eh."

🌞🌞🌞

SELESAI memakai kasut khas itu, Dhea dan Zahra masuk ke ice rink. Apa lagi si Zahra tu, ketawa riang dia dapat meluncur. Gaya macam professional. Dhea dan Zahra memang selalu datang ke sini untuk release tension. Dhea juga selalu main dengan arwah abang dan adiknya dahulu.

Zahra dengan selamba menolak Dhea dari belakang, nasib tak tersungkur Dhea. Dhea mengecilkan matanya memandang Zahra yang seronok ketawakannya. Dengan pantas kakinya dihayun mengejar Zahra. Kelam kabut Zahra melarikan diri.

Sedang seronok kejar mengejar, Dhea merasakan seperti dia diperhati seseorang. Dia cuba melilaukan matanya namun tiada sesiapa yang dia kenal.

Sedang meluncur dia cuba pusing kebelakang alangkah terkejutnya dia Tengku Elhan di belakangnya. Dengan pantas kakinya bertindak untuk berhenti meluncur.

Tengku Elhan turut terkejut apabila Dhea berhenti tiba-tiba dan nasib Dhea baik kerana Tengku Elhan sempat ke mengelak ke tepi.

Cuma nasib Tengku Elhan yang tak baik kerana sudah jatuh tersungkur akibat mengelak tadi.

"Kenapa kau berhenti macam tu Dhea Haneesa?" Tegang wajah Tengku Elhan memandangnya. Bahaya tahu tak!

Dhea yang mulanya menahan untuk ketawa akhirnya melepaskan ketawa yang besar. Mana tidaknya, lelaki kacak jatuh tersungkur di depan mata. Main-main lagi dengan Dhea. Rupa-rupanya betullah dia nampak Tengku Elhan tadi.

Tengku Elhan terpana seketika bila melihat gadis itu ketawa besar. Dhea ketawa? Dhea yang selama ini langsung tidak menunjukkan reaksi kepadanya sedang ketawa?

Tengku Elhan bangun berdiri tegak. Kakinya dihayun mendekati Dhea. Matanya tidak lepas memandang Dhea ketika ini.

Melihat Tengku Elhan betul-betul berdiri di hadapannya Dhea berhenti ketawa. Dia berdehem seketika lalu mencari bayang Zahra.

Ya. Zahra tidak jauh darinya dan sedang memandang tepat pada Dhea.

"Tengku buat apa kat sini?" Soal Dhea dengan tenang. Macam mana dia boleh terlepas ketawa tadi.

"Kerja."

"Kerja?" Dhea mengerutkan keningnya. Kerja apa dekat sini?

"Kau buat apa?" Tengku Elhan melipat tangan ke dada.

"Ice skating." Balas Dhea selamba.

"Dah tu kau tanya aku buat apa kat sini? Mestilah jawapannya sama dengan kau."

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now