PART 42

4.8K 309 35
                                    





DHEA pulang ke rumah agak lewat hari ini. Disebabkan kemunculan Tengku Elhan yang tiba-tiba dia terpaksa bekerja lebih masa untuk menyiapkan kerjanya.

"Dhea.." sapa Puan Sri Huda. Sejak tadi dia menunggu kepulangan Dhea. Gadis ini masih tidak diberitahu tentang rombongan merisik bagi pihak Tengku Elhan tengahari tadi atas permintaan Tengku Elhan sendiri.

"Umi.." Dhea mencium pipi Puan Sri Huda sebelum memeluk erat lengan wanita itu. Bila penat, dapat peluk umi hilang rasa penat tu.

"Eee manjanya anak umi hari ni. Ada apa-apa ke?" Puan Sri Huda senyum dengan penuh makna.

"Tak adalah. Salah ke nak manja dengan umi?" Dhea sudah muncungkan mulutnya.

Puan Sri Huda senyum bila melihat mulut muncung Dhea itu. Selepas Dhea semakin pulih dari sakitnya, Dhea sekarang lebih terbuka dan manja. Gadis ini sudah semakin menjadi dirinya.

Dhea Haneesa yang sebenar-benarnya seperti dia masih mempunyai keluarga dahulu. Itu saja sudah cukup melegakan hati Puan Sri Huda.

"Umi dengan baba nak bagitahu sesuatu ni. Jom duduk dulu." Puan Sri Huda menarik tangan anaknya duduk di sofa.

Tidak lama kemudian Tan Sri Edric juga muncul di ruang tamu itu. Dia mengambil tempat di hadapan Dhea dan isterinya.

"Baba.." Sapa Dhea dengan senyuman.

Tan Sri Edric cuma senyum membalas sapaan anaknya itu. Dia berdehem sebelum membuka bicara.

"Baba nak bagitahu ni.. tengahari tadi ada orang datang merisik." Sengaja dia berhenti untuk melihat reaksi Dhea.

"Merisik? Merisik siapa baba? Umi?" Soal Dhea yang terkejut sambil melihat kedua-dua orang tuanya itu. Untuk along ke? Tapi along lelaki?

"Merisik Dhealah. Siapa lagi.. dan kami dah setuju." Balas Puan Sri Huda dengan senyuman.

Dhea yang mendengar jawapan itu tersentak. Rasa seperti ada batu yang menghempap dirinya.

"Umi setuju? Umi.. baba.. kenapa buat Dhea macam ni? Kenapa tak tanya Dhea dulu? Dhea tak nak kahwin.." tiba-tiba Dhea merasa sedih.

"Dhea tak nak kahwin?"

Dhea menggeleng kepalanya bersungguh-sungguh. Dia tak nak kahwin dengan orang yang dia tak kenal. Kenapa baba dengan umi buat keputusan bagi pihak dia?

"Abang.. macam mana ni?" Puan Sri Huda melihat suaminya.

"Kalau Dhea tak nak. Nanti abang bagitahu Tengku Fahri. Anak kita tolak pinangan Tengku Elhan." Seboleh-bolehnya Tan Sri Edric menahan senyuman. Dia cuba berlagak tenang.

Dhea terkejut. Sekali lagi dia tersentak. Apa ni?

"Tengku Elhan?" Soal Dhea terkebil-kebil.

"Ya sayang.. Elhan hantar keluarga dia tengahari tadi. Umi ingat Dhea setuju tapi dia tak nak pula. Tak apalah.. nanti umi telefon Tengku Aishah."

"Err umi.. Dhea.." Dhea menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak cakap macam mana ni?

Tan Sri Edric dan Puan Sri Huda sudah saling berpandangan bila melihat anak daranya itu tersipu-sipu. Tetapi mereka masih belum habis mengusik.

"Tak apa Dhea. Lagipun baba dah cakap dengan keluarga Elhan tadi. Kami setuju.. tapi kalau tuan punya badan tak setuju, kami ikut saja. Kejap.. umi telefon Tengku Aishah." Ujar Puan Sri Huda. Dia terus mencapai telefon yang terletak di atas meja kopi itu.

"Umi!" Dhea mencapai tangan uminya. Dia menahan tangan Puan Sri Huda dari mengambil telefon itu.

"Dhe-Dhea setuju." Jawab Dhea tergagap-gagap. Dia boleh rasakan yang wajahnya sudah kemerahan sekarang ini.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now