PART 40

4.9K 347 42
                                    





TENGKU Elena pantas mengalih wajahnya ke arah lain. Kenapa lelaki ni ada di sini?

"Makanlah dulu El. Nanti sejuk tak sedap pula." Ujar Dhea lalu sambung membaca laporan di iPadnya.

Tiba-tiba Carl menarik kerusi di sebelah Dhea dan terus duduk. Kebetulan tadi pekerjanya sibuk jadi dia tolong hantar makanan pada Tengku Elena.

"Kenapa you duduk sini?" Wajah Tengku Elena sudah berubah.

"Kenapa tak boleh pula?" Soal Carl. Carl merenung gadis di hadapannya ini. Wajahnya cantik dengan solekan nipis, bulu mata lentik, hidung tidak terlalu mancung dan bibir yang mungil. Tak dinafikan gadis ini cantik tetapi suka sangat mencari pasal dengannya.

"I nak makanlah."

"So makanlah. Saya tak ganggu awak pun."

"Huh..." Tengku Elena menjeling jejaka di hadapannya itu. Dia mengambil pisau dan garpu lalu dia melihat hidangan di hadapannya ini. Selepas itu dia memandang pula ke arah menu di kaunter. Biasanya memang akan tulis menu istimewa hari ini di situ.

"Grilled salmon with white sauce." Carl bersuara apabila dia melihat gadis itu memandang ke arah menu.

Terus Tengku Elena menoleh ke arah Carl namun cuma seketika. Dia boleh rasa jantungnya berdegup makin kencang bila lelaki itu tidak putus-putus memandangnya. Harapnya tak ada apa-apalah pada wajahnya sekarang.

Malas melayan perasaan Tengku Elena mula memotong salmon itu lalu disuakan ke dalam mulutnya. Hidangan di HH Cafe tak pernah mengecewakan.

"So macam mana dengan Imran?" Carl menoleh ke arah Dhea pula.

"Macam mana apa?" Soal Dhea yang masih fokus pada laporannya.

Tengku Elena cuma mendengar perbualan mereka berdua itu sambil mengunyah.

"Dhea jumpa dia semalam kan? Imran tu good looking, ada resort, ada architecture firm dan yang paling penting masih single."

Dhea mengerutkan dahi. Along nak matchmaking ke? This is so not along.

"Oo.. he is nice." Komen Dhea pendek lalu dia pandang kembali pada iPadnya.

"Tu je?"

"Along nak Dhea cakap apa?" Dhea kembali menoleh pada Carl. Bukan apa, dia baru sahaja kenal dengan Imran itu pun cuma bercakap soal kerja. Dia langsung tidak terfikir benda lain.

"Well kalau Dhea nak kenal lebih rapat along boleh tolong. Lagipun umi dah bising Dhea belum ada calon."

Dhea ketawa kecil. Memang Puan Sri Huda selalu membebel tentang calon tapi masalahnya bukan pada dia tetapi Carl.

"Bukan umi bising dekat along ke? Suruh along cari menantu untuk dia?" Dhea mengecilkan matanya memandang Carl. Suka-suka sahaja nak kenakan dia.

"Bukan along je. Umi suruh Dhea cari juga kan. Lagipun along tengok Imran tu macam sesuai dengan Dhea.." tambah Carl lagi.

Memanglah Puan Sri Huda juga menyuruhnya mencari calon isteri tetapi dia masih tidak bersedia. Lebih baik adik-adik dia yang kahwin dahulu.

"Kak Dhea.. please don't.." tiba-tiba Tengku Elena mencelah dengan bibir yang sudah memuncung. Dia yang sedari mendengar perbualan itu boleh faham apa yang Carl mahukan.

"What do you mean by don't?" Carl pula memandang Tengku Elena.

"You jangan nak memandai-mandai eh nak kenen bakal kakak ipar I dengan orang lain." Tengku Elena jegilkan matanya pada Carl untuk memberi amaran.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now