PART 33

4.3K 315 50
                                    




TENGKU Elhan memandang skrin iPad miliknya. Jarinya naik mengusap gambar gadis itu.

His honey.

"Apa khabar agaknya honey ya? Honey ingat Han tak?" Gumam Tengku Elhan.

"Daripada kau bercakap dengan gambar.. baiklah kau bagi dia jumpa kau."

Tengku Elhan berdecit. Bila masa entah Tengku Elman berada di sini.

"Sibuklah kau." Tengku Elhan menutup kembali iPadnya dan kembali berbaring. Dia memejam matanya. Malas mahu melayan abangnya.

"Aku memang sibuk. Ni.. bila kau nak pergi London?"

"Sabar boleh tak? Kau tak nampak ke aku macam mana ni?" Getus Tengku Elhan. Kalau boleh dia pun tak nak duduk terlantar di sini.

Tengku Elman ketawa kecil sebelum mengambil tempat duduk di sofa wad itu.

"Ke kau nak tunggu si Mel tu cari kau? Haritu dia ada datang office tau. Cantik rupanya dia. Aku ingat-"

"Apa? Kau ingat aku takde taste macam kau?" Terus Tengku Elhan memotong percakapan Tengku Elman. Mestilah honey dia cantik.

Tengku Elman memandang tajam pada adiknya.

Berani dia cakap aku takde taste?

"Dah kalau kau kata aku takde taste. Aku try Mel boleh tak? Lagipun bukan kau nak kat dia pun kan?" Tengku Elman senyum sinis. Sengaja dia mahu mengusik adiknya.

"Over my dead body. Kau kalau datang sini semata-mata nak sakitkan hati aku kau boleh berambus. Aku nak rehat." Tengku Elhan membetulkan baringnya. Siap sedia untuk berehat kononnya. Padahal dia sudah bosan duduk atas katil ni.

"Ooo marah. Tapi bila orang cari jual mahal."

Tengku Elhan cuma mendiamkan dirinya. Kalau dia sihat, mungkin tak bercakap si Elman tu dia kerjakan.

"Okaylah. Aku tak kacau kau. Cuma tolonglah. Tolonglah cepat sihat. Aku ada benda lain nak settle ni." Ujar Tengku Elman separuh merayu. Dia tak sepatutnya berada di sini.

"Apa? Pasal bakal kakak ipar aku?" Tengku Elhan menjungkit kening.

"Aku blahh dulu." Terus Tengku Elman keluar dari bilik Tengku Elhan.

Tanpa sedar Tengku Elman mengeluh. Bakal kakak ipar?

Tengku Elhan ketawa kecil. Betullah tu. Tengku Elman ambil cuti lama semata-mata untuk perempuan? Entah macam mana agaknya rupa pilihan Elman itu kan?



🥀🥀🥀



TENGKU Elman tiba di port. Dia memandang pada pengawal memberi isyarat supaya pagar dibuka. Sudah lama dia tidak ke sini.

Pagar dibuka dan Tengku Elman terus masuk dengan kereta mewah adiknya. Apa guna Tengku Elhan ada kereta banyak tapi tak guna kan?

"Tengku." Sapa Zain, anak buah Tengku Elhan yang ditugaskan menjaga Fikri.

"Hmm. Mana budak tu?"

"Kat dalam." Zain terus membawa Tengku Elman ke bilik yang menempatkan Fikri.

Sampai di sana, Tengku Elman memandang lelaki yang sudah terbaring lemah itu.

"Seronok tidur? Siapa bagi kau baring macam ni??" Soal Tengku Elman dengan bengis. Dia menyepak kaki Fikri untuk menyedarkan lelaki itu.

Fikri mendesis. Seluruh badannya terasa sakit. Setiap hari di sini bagaikan neraka baginya. Dia memandang lelaki yang menyepaknya.

"Zain." Tengku Elman memberikan isyarat kepada Zain untuk mengangkat Fikri. Mana boleh pesalah duduk terbaring macam ni.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now