PART 17

4.2K 291 58
                                    




CAMELLIA duduk termenung di dalam kereta. Dia menarik nafas panjang. Dia terkesan dengan kata-kata Doktor Mikhael tadi. Adakah dia menyeksa dirinya sendiri?

Memang kadang-kadang dia rasa hidupnya sudah tidak bermakna. Dia rasa kosong. Dia rasa sunyi. Sebab itu dia sengaja menyibukkan diri. Dia tidak mahu melayan perasaan. Baginya dia akan makin lemah jika melayan perasaan.

Tanpa membuang masa lagi, Camellia terus memandu menuju ke HH Cafe.

Sampai di sana dia terus masuk ke bahagian kitchen. Dia melihat Fikri yang sudah menghampirinya.

"Hai Fikri. Macam mana harini?" Sapa Camellia dengan senyuman. Nampak wajah Fikri makin ceria berbanding hari itu.

"Saya dah okay Cik Mel." Fikri senyum manis pada Camellia. Cantik betul Camellia hari ini. Desisnya.

"Haa kalau macam tu, prepare bahan-bahan untuk saya. Saya nak buat cookies hari ni. Boleh?"

"Boleh Cik Mel. Sekejap ya." Terus Fikri berlalu untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.

"Kak Mel.. kenapa tak rehat?" Tegur Lily yang baru masuk ke dapur. Terkejut dia pagi ni umi bagitahu yang Camellia sudah keluar.

"Kak Mel dah sihatlah. Kalau tak buat apa-apa makin tak sihat rasanya."

"Degil. Kalau along marah, Lily tak nak masuk campur." Lily membuat muka.

"Don't worry. Along tak marah Kak Mel. Dia kan sayang Kak Mel." Camellia sengih memandang Lily. Sengaja dia menyakat Lily.

"Whatever." Lily mempamerkan wajah menyampah. Tahulah along sayang dia lebih.

Camellia ketawa kecil melihat wajah cemberut Lily itu.


🥀🥀🥀


"MACAM mana?" Camellia memandang wajah Fikri yang sedang mengunyah biskut yang baru sudah dibakarnya.

"Sedap!" Fikri mengangguk sambil tersenyum, cukup pakej betul Cik Camellia ni. Cantik, baik, bijak, pandai buat kuih. Puji Fikri dalam hati.

"Haa kalau macam tu, yang ni bawak pergi depan. Yang lebih ni masukkan dalam bekas. Saya nak bagi orang."

"Baik Cik Mel.."

Camellia senyum puas hati. Sudah lama dia menahan diri dari membuat cookies ini. Ternyata rasa itu masih tidak berubah.


🥀🥀🥀


"SO memang JM Gallery dah tak nak guna service kita?" Soal Emir untuk kepastian. Dia memandang riak tenang Tengku Elhan. Kenapa lelaki ini berlagak seperti tiada apa-apa?

Tengku Elhan mengangguk. Biarlah. Dia tak kisah pasal kerjasama EL Force dan JM Gallery lagi. Syarikatnya masih boleh hidup tanpa JM Gallery. Dia ada misi lain sekarang.

"Macam mana benda yang aku suruh cari tu?"

"Seperti yang Tengku syak, itu memang ubat alergik. Khusus untuk alergik yang teruk dan boleh membahayakan nyawa."

Tengku Elhan senyum sinis. Well well baby girl.. mana nak lari sayang?

"Kenapa Tengku? Ubat siapa tu?"

"Siasat latar belakang Camellia. Hantar budak kita. Jangan sampai dia sedar. Kalau dia tahu siap kau." Tengku Elhan memberi amaran.

"Baik Tengku.. kalau saya turun sekali boleh?"

"Turun?" Tengku Elhan mengangkat kening.

"Saya nak siasat jugak siapa Camellia tu. Saya tak puas hati bila tengok muka dia macam Dhea.."

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now