PART 12

7.6K 333 68
                                    




LIMA TAHUN BERLALU

"Siapa yang buat proposal macam budak sekolah ni? Ha?!" Tengku Elhan memandang tajam pada pekerjanya.

"Kau ingat aku bayar gaji mahal-mahal sebab nak tengok sampah macam ni??" Jerkah Tengku Elhan lagi. Pantang betul bila ada pekerja main-main bila bekerja.

"Ke kau memang nak memalukan nama company aku? Ha??!"

Sekali lagi pekerja Tengku Elhan terkejut. Hampir setiap kali ada project baru mesti Tengku Elhan mengamuk. Kerja sempurna pun belum tentu Tengku Elhan tak mengamuk. Ada saja yang tak kena di matanya.

Sudah lima tahun para pekerjanya terpaksa menahan baran dari majikan mereka itu. Kalau tidak kerana gaji yang lumayan mungkin sudah ramai yang angkat kaki dari situ.

"Diam? Takde jawapan? Kau siapkan balik proposal ni. Sampai aku puas hati. Selagi aku tak puas hati, selagi tu aku tak benarkan balik. Faham?!"

"Faham Tengku." Pekerja itu menjawab sambil menunduk.

"Dah tu? Tunggu apa lagi? Keluarlah!"

Terhinjut bahu pekerja itu apabila dimarah oleh Tengku Elhan.

Tengku Elhan menghempaskan tubuhnya ke atas kerusi. Dia memicit pangkal hidungnya. Benda senang macam tu pun nak kena ajar. Makan gaji buta agaknya. Huh.

"Tengku."

"Apa lagi??!" Soal Tengku Elhan dengan marah.

Fuhh. Emir menggosok dadanya. Terkejut aku. Padahal aku baru je masuk.

"Err maaf Tengku. Kita baru dapat invitation untuk ke JM Gallery sempena perlantikan CEO baru." Emir meletakkan sekeping kad keras di meja Tengku Elhan. Dia menelan air liur bila melihat wajah bengis Tengku Elhan.

Orang lain buat salah, Emir turut kena tempiasnya. Nasiblah si Emir ni kental.

"CEO baru?" Tengku Elhan mengerutkan kening. Kenapa dia tak tahu pun pasal berita ni?

"Ye Tengku."

Tengku Elhan mengambil kad itu lalu meneliti setiap patah perkataan yang tertera. Lagi seminggu?

"Siapa CEO baru?"

"Tak pasti Tengku." Balas Emir.

"Tan Sri Edric?" Tengku Elhan mengangkat kening menyoal status CEO JM Gallery.

"Dengar cerita dia akan bersara. Tapi takde confirmation lagi."

Tengku Elhan mengeluh. Jangan CEO baru ni buat hal sudah. Dia sudah jaga hubungan dengan Tan Sri Edric sejak lima tahun lepas lagi. 

Walaupun Tan Sri Edric seorang yang sangat perahsia dan low profile, namun nama lelaki itu sangat gah. Reputasi syarikatnya juga bertambah baik bila mereka bekerjasama. Tambah-tambah JM Gallery bukan galeri biasa.

"Sedia motor aku." Arah Tengku Elhan.

"Baik Tengku."


🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀



TENGKU Elhan matikan enjin motor Ducati miliknya. Diparkir elok di kawasan letak kereta VVIP. Dia turun dari motornya lalu membuka sarung tangannya.

"Excuse me sir? Ni tempat untuk kereta okay. Boleh alih tak?" Ujar seorang gadis dari dalam kereta.

Tengku Elhan berpaling sekilas pada kereta Mercedes itu lalu meneruskan langkahnya. Tak hairan. Bukan orang di JM Gallery itu tidak kenal dia.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now