PART 23

4.3K 230 23
                                    




TENGKU Elena berhentikan keretanya di hadapan HH Cafe. Dia mengambil handbag berjenama itu lalu digalas ke bahu. Semasa melangkah masuk ke dalam cafe itu, sempat matanya memandang ke arah kaunter mencari susuk tubuh seseorang.

"Dia takde ke?" Gumam Tengku Elena. Tanpa membuang masa dia menuju ke kaunter.

"Excuse me.. err owner tak masuk ya hari ni?" Soal Tengku Elena pada pekerja di situ.

"Cik Lily cuti. Ada urusan keluarga."

"Owner yang satu lagi?" Soal Tengku Elena lagi.

"Tuan Carl pun sama. Dia bercuti atas urusan keluarga. Ada apa tu ya cik?" Pekerja itu memandang ke arah gadis cantik itu.

Tengku Elena menggelengkan kepalanya. Dia keluar dari HH cafe dengan rasa kecewa. Dia rindu mahu melihat wajah tampan itu.


🥀🥀🥀

"KENAPA muka anak bonda monyok aje ni?"

Tengku Elena melangkah lemah ke arah bondanya. Dipeluk erat tubuh itu.

"Adalah tu yang tak kena tu." Ujar Tengku Fahri bila melihat anak bongsunya itu menempel dengan isterinya.

"Bonda... baby rasa baby dah jatuh cinta."

"Jatuh cinta?" Tengku Aishah memegang kedua-dua belah pipi anaknya. Biar betul?

"Dengan siapa?"

Tengku Elena menggelengkan kepalanya. Dia kembali memeluk bondanya. Malu mahu bercerita.

"Cakaplah dekat bonda.. siapa?"

"Baby kenal dia dekat internet jee... lepas tu pernah terserempak sekali dekat cafe dia. Lepas tu baby dah tak jumpa dia. Huwarghhhh. Baby rindu." Rengek Tengku Elena.

Tengku Aishah memandang suaminya. Suaminya hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Kenapa baby tua tu bonda?" Tegur Tengku Elhan bila dia melihat adegan itu.

"Adik Han jatuh cinta."

"What? Jatuh cinta? El tu muda lagi tau. Belajar lagi. Bercinta apanya?"

"Eee abang Han ni tak fahamlah. Dah baby jatuh cinta pandang pertama. Baby nak buat macam mana? Bukan boleh buang macam tu je perasaan ni."

"Dengan siapa?" Kali ini Tengku Elhan pula bertanya.

Tengku Elena bermain-main dengan hujung bajunya sebelum dia menjawab.

"Carl. Owner HH Cafe tu."

Tengku Elhan terkejut. Dia mendekati kedua-dua wanita kesayangannya itu.

"Carl? El.. takde lelaki lain ke?"

"Kenapa pulak?" Tengku Elena memandang wajah abangnya.

"Dia tu abang Camellia."

Tengku Aishah sekali lagi terkejut. Abang Camellia? Anak Puan Sri Huda?

"So?"

"Bonda..." Tengku Elhan memandang bondanya.

"Dah tak payah gaduh. Jangan peningkan kepala bonda. Baby minat anak Puan Sri Huda yang sulung? Abang Mel?" Soal Tengku Aishah untuk kepastian.

Tengku Elena mengangguk manakala Tengku Elhan pula mendengus.

"Han suka Dhea kan? Bukan Han suka Mel pun. Apa masalahnya?" Tengku Aishah bersuara pada Tengku Elhan pula. Sengaja dia berkata begitu.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now