PART 43

6.5K 326 59
                                    



"CIK Mel, Tengku Elhan ada dekat luar. Dia nak jumpa Cik Mel."

Dhea mengerutkan keningnya. Tengku Elhan tidak bagitahu pun yang dia mahu datang ke sini.

"Suruh dia masuk." Ujar Dhea pada setiausahanya itu.

"Baik."

"HAI.."

Dhea mengangkat wajah namun dia apa yang dia lihat sekarang ini buatkan dia terkedu. Dia tidak nampak wajah Tengku Elhan cuma dia nampak sejambak bunga ros yang sangat besar menutupi keseluruhan wajah lelaki itu.

"This is for you, my princess." Tengku Elhan meletakkan jambangan bunga itu ke atas riba Dhea.

Badan Dhea terus menyandar ke kerusi apabila jambangan besar itu berada di ribanya.

"Thank you. Kenapa tiba-tiba bagi hadiah ni?" Bibirnya tersenyum melihat betapa cantiknya jambangan bunga itu.

"Bukan tiba-tiba. Memang selama ni Han nak bagi tapi honey tahu our relationship macam mana kan?"

Tengku Elhan mengambil tempat di hadapan Dhea. Dia melihat Dhea yang masih merenung bunga ros merah itu. Dia keluarkan telefon lalu mengambil gambar gadis itu.

"Hey. Apa ambil gambar curi-curi ni?" Tegur Dhea bila terdengar bunyi klik dari telefon Tengku Elhan.

"Mulai sekarang honey kena sesuaikan diri dengan Han sebab Han akan sentiasa ambil gambar honey. Han nak simpan banyak-banyak memori kita berdua. So, whenever I'm away I can always look at your picture."

"Away? Han nak tinggalkan Dhea ke?"

"No sayang. Maksud Han, Han kan masih ada kerja di London. Nak tak nak, Han kena ke sana dulu selesaikan tanggungjawab Han. Tapi kalau honey nak ikut.. I'm totally fine."

"Eee. Macamlah Dhea tak ada kerja nak ikut Han." Dhea mencium bau bunga ros itu untuk menutup malunya. Entah mana sifat dia yang kasar sebelum ini dia pun tak tahu.

"Tapi kalau dah kahwin, bukan tempat isteri di sisi suami ke?" Tengku Elhan menyoal bakal isterinya.

"Han tak nak bagi Dhea kerja ke lepas kita kahwin?" Dhea yang terkejut terus memandang wajah kacak Tengku Elhan.

"Han boleh tanggung honey. So honey tak perlu kerja." Ujar Tengku Elhan seraya melipat tangan ke dada.

Dhea terkedu. Takkan Tengku Elhan mahu mengongkong hidupnya selepas kahwin? Tapi macam mana dengan galeri ini nanti?

"Han gurau jelah. Muka tu jangan terkejut sangat boleh? Han tahu honey ada tanggungjawab. Tambah pula gallery ni milik honey kan? Don't worry honey boleh terus lakukan apa yang honey suka. Han takkan larang kecuali benda tu Han tak suka."

Tengku Elhan ketawa kecil bila melihat wajah terkejut Dhea tadi. Tak mungkin dia mahu kongkong kehidupan isterinya.

Dhea mengangguk faham. Nasib baik. Kalau tak, mungkin dia kena tarik balik keputusan untuk kahwin dengan lelaki ini. Eh? Tapi tak nak. Nak kahwin.

"Han datang ni nak bagitahu nanti kita kena fitting baju tapi mungkin Han tak boleh teman honey. Han dah kena balik London malam ni." Majlis mereka akan dilangsungkan dua bulan lagi atas permintaan Tengku Elhan. Dia tidak mahu bertangguh dah.

Atas permintaan Dhea pula, mereka tidak adakan majlis bertunang dan terus dengan majlis akad nikah. Dhea tak mahu banyak-banyak majlis kerana dia memang tidak sukakan perhatian.

"Malam ni?" Entah kenapa Dhea tiba-tiba merasa sedih. Sudahlah mereka jarang berjumpa, kini terpisah jauh beribu-ribu batu pula tu.

Tengku Elhan mengangguk. Dia juga rasa serba salah tetapi dia bukan jenis yang suka melepaskan tanggungjawab. Dia kena tepati janjinya dengan Tengku Fahri.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now