EMIR x LILY - PART 1

4.4K 233 32
                                    


Masih ingat scene yang Lily suruh Puan Sri Huda masak bihun tu? Lepas tu dia nak pergi joging dengan kawan dia?

_____________________________________

"AWAK.. Dahlah tu. Saya penat." Lily tunduk memegang perutnya. Dia sudah tercungap-cungap mencari nafas. Tak reti penat ke lelaki ni?

"Awalnya pancit. Tak sampai dua round lagi ni?" Emir mendapatkan Lily. Dia ketawa kecil melihat wajah pucat Lily itu.

"Saya mana pernah joging. Memanglah penat." Bidas Lily seraya menjeling lelaki itu. Tapi salah sendiri juga, dia yang beria mahu mengikut lelaki ini berjoging.

Macam mana boleh ikut? Sewaktu Emir dan Zain datang ke kafe, dia terdengar mereka berdua berbual. Kebetulan Lily tidak mempunyai ramai pelanggan ketika itu, dia juga menyibuk dalam perbualan dua lelaki itu.

"Okey.. kita jalan je dulu. Tak payah lari. Okey?" Emir menunduk untuk menyamai ketinggian Lily yang sedang bercekak pinggang itu. Penat sangat nampak tu.

"Saya rasa berjalan pun tak larat dah ni." Lily menggeleng kepalanya. Nafasnya masih belum teratur.

"Kita habiskan round taman ni lepas tu kita rehat. Jom cepat. Lagi lambat habis lagi lambat boleh rehat." Emir sudah mula melangkah. Dia sudah terbiasa melatih pengawal-pengawal baru El Force jadi dia tak akan memberi muka pada Lily. Sengaja. 

Lily melihat Emir yang sudah meninggalkan dia.

"Eeeee menyesalnya aku cakap nak ikut dia joging." Lily cuba juga melangkah walaupun dia merasa kakinya sudah lemah longlai.

"Dah okey?" Emir menghulurkan air mineral yang sudah dibuka penutup botol pada Lily. Mereka sudah habis pusing dua kali taman itu. Kalau ikutkan Emir biasanya dia boleh habiskan lima pusingan dengan mudah.

"Okey sikit dari tadi." Lily senyum tipis. Nasib baik angin dekat taman ini nyaman.

"Biasalah tu. Nanti lama-lama dah terbiasa, empat round pun Cik Lily boleh."

"Awak biasa ke joging dekat sini?" Lily meneguk air mineral itu. Habis separuh kerana terlalu haus.

"Tak jugak. Biasa ke gym tak pun track El Force. Cuma sekarang Tengku tak ada, bolehlah relaks sikit." Emir menahan kedua-dua tangan ke belakang. Dia merenung tasik di hadapannya.

Tengku Elhan sudah ke London jadi dia cuma kerja waktu pejabat sahaja. Masa terluang dihabiskan dengan bersenam dan melepak dengan Zain. Biasalah, single.

Lily mengangguk tanda faham. Dia sudah selesa berkawan dengan Emir sejak mengetahui lelaki ini sebenarnya bujang.

"Tu apa tu?" Emir muncungkan ke arah beg kertas di sisi Lily.

"Eh lupa. Saya bawa bekal. Umi saya goreng bihun pagi tadi." Dengan pantas Lily keluarkan dua bekas bihun dari beg kertas itu. Dia buka penutup dan mengambil bau.

"Bihun?"

"Kenapa?" Lily menoleh ke arah Emir. Bihunlah takkan nasi lemak kot?

"Tak ada apa-apa. Mana ada orang datang joging bawa bekal. Tu pergi picnic. Bukan berjoging." Tanpa sedar Emir menuturkan kata-kata itu sekadar bergurau.

Lily menjeling Emir. Dia baru mahu makan namun dia tutup kembali bekal itu. Dia simpan semula bekal itu ke dalam beg kertas tadi. Terasa seperti Emir menyindir dia.

"Kenapa tak makan?" Emir hairan bila Lily menyimpan kembali bekal itu.

"Tak ada mood. Dahlah saya nak balik." Lily terus bangun. Dia menyapu belakang seluarnya dan terus mengambil beg kertas itu.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now