PART 29

4.2K 265 36
                                    






"TAKDE along. Lily dah check dah." Ujar Lily bila Carl mencari Camellia di cafe mereka. Dia sudah mencari Camellia di setiap sudut cafe itu. Dia juga sudah cuba menelefon Camellia namun gadis itu tidak menjawab panggilan.

Memang Camellia ada singgah ke cafe dan Lily pula sibuk melayan pelanggan. Kebetulan hari ini cafe mereka penuh dengan pelanggan.

Kemudian Camellia hilang begitu saja jadi Lily menganggap Camellia pulang ke rumah dan dia meneruskan kerja seperti biasa.

Carl meraup wajahnya. Dia cuba untuk berfikir tempat-tempat yang mungkin Camellia pergi. Kalau Camellia memandu sendiri atau dengan pemandu dia tak risau sangat. Cuma sekarang Camellia seorang diri tanpa kereta.

Public transport? Tak mungkin. Gadis itu sudah lama tidak menggunakan pengangkutan awam.

Takkan Camellia balik ke rumah agamnya? Fikir Carl.

"Along cari dia kat rumah dia." Terus Carl bergegas keluar dari cafe.

Lily mengangguk. Dia berfikir-fikir untuk turut mencari Camellia. Lily tak boleh fokus pada kerja bila fikirannya terganggu seperti ini.

Dalam mereka berdua tidak sedar, ada seseorang yang mendengar perbualan itu.

"Hai."

Lily menoleh ke arah suara itu. Dahinya berkerut bila melihat orang yang dia kenal itu.

"Sorry.. cookies kita tak restock lagi." Ujar Lily bila melihat wajah yang selalu membeli biskut buatan Camellia.

"Err.. takpe saya cuma nak beli minuman."

"Boleh. Kejap ye saya panggil staf. Saya ada hal." Belum sempat Lily memanggil pekerjanya, lelaki tadi bertanya lagi.

"Kenapa?" Soal lelaki itu.

"Hal family."

"Saya dengar macam cari someone tadi. Siapa?" Sekali lagi lelaki itu menyoal. Dia sudah tahu kerana dia mendengar seluruh perbualan mereka tadi namun dia mahu kepastian.

"Kakak saya. Okaylah. Saya nak keluar ni. Aina tolong layan customer kejap." Lily tidak mahu bertangguh lagi. Dia risaukan Camellia sekarang.

Emir memandang Lily yang sudah keluar itu. Lantas dia menelefon Tengku Elhan.

"Ada apa Emir?" Terdengar suara Tengku Elhan menjawab.

"Tengku kat mana? Saya ada sesuatu nak bagitahu ni."

"Aku kat lapangan."

"Saya pergi dekat sana." Tanpa lengah Emir terus menuju ke lapangan menembak. Berita panas ni. Tengku Elhan wajib tahu!


🥀🥀🥀


"KAU betul ke dah give up?" Soal Irfan Danial. Kebetulan sewaktu dia ingin pulang ke rumah Tengku Elhan menelefonnya. Hawa pula berada di rumah Ashraff. Jadi dia singgah berjumpa dengan kawannya sebentar.

"Aku bukan give up Fan. Tapi aku takde cara dah." Tengku Elhan membelek pucuk pistol yang berada di situ. Dia di sini untuk memeriksa peralatan-peralatan yang akan digunakan untuk melatih pengawal keselamatan baru esok.

"Come on bro. Macam-macam cara kau ada tapi kau yang tak nak guna kan? Takkan sekali kena warning kau dah mengaku kalah?"

Tengku Elhan diam. Dia bukan mengaku kalah. Dia cuma bimbang dia akan menyakiti Dhea.

Bila dia mengimbas kembali pertemuan dia dan Dhea, dia teringat yang Dhea selalu mengepal tangannya dan bibir gadis itu selalu terketar-ketar. Mungkin sewaktu itu Dhea sedang melawan perasaannya. Cuma Tengku Elhan sahaja yang tidak sedar.

BUKAN KALI INI [C] ✅Where stories live. Discover now